Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir October 17, 2023 @ 7:13pm

Amir Syahir Masih Tinggal Dengan Ibu & Adik-Beradik, Hanya Bercakap Dengan Syada Amzah Selepas Kemelut Isu Jual Rumah – “Hujung Minggu Saya Tinggal Dengan Kakak Sebab…”

Susulan kemelut yang berlaku, adik kepada Shila Amzah iaitu Amir Syahir mengakui hubungan dengan ahli keluarga masih baik dan tidak memihak kepada sesiapa.

Menurut Syahir, dia masih tinggal serumah bersama ibu dan adik beradik lain namun memilih untuk tidak bersuara tentang perbalahan antara mereka.

“Saya masih tinggal serumah dengan keluarga iaitu emak, abang dan adik. Tapi towards the weekend, saya akan tinggal dengan kakak untuk fokus kepada pertandingan Famili Duo 3.

“Saya tiada hak untuk bercakap apa-apa tentang isu ini kerana itu hanya melibatkan kakak dan yang lain.

“Saya masih mempunyai hubungan baik dengan semua kerana keluarga tetap keluarga. Kalau mereka memerlukan bantuan, saya selalu ada,” katanya semasa di temui di sidang media selepas konsert minggu pertama Famili Duo 3, baru-baru ini.

Meskipun sedar namanya turut terpalit menerusi siaran langsung di TikTok Amir Syafiq, dia tidak tertarik untuk menonton sebaliknya mahu memberi fokus kepada pertandingan nyanyian itu.

“Saya sampai sekarang tidak tengok live berkenaan lagi pula kakak bagi banyak kerja dan latihan, saya tiada masa.

“Selepas kes itu, saya hanya banyak bercakap dengan Syada kerana sibuk dengan Familio Duo. Saya kena jadi rasional dan fikir lebih matang,” jelasnya.

Terdahulu, kemelut anak-anak penyanyi Datuk ND Lala bermula selepas adik bongsu Shila iaitu Syada mendedahkan kediaman mereka bakal dijual sedangkan dia tidak mengetahui perkara itu.

Tampil perjelaskan tujuan, Shila memberitahu dia berhak berbuat demikian dan bakal membeli kediaman baru untuk ibu mereka.

Namun, Syafiq pula mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut atas dasar duit semata-mata.

Malah, ibu mereka, Fauziah Sarman turut memberi kenyataan tidak lagi menganggap Shila sebagai anak kerana kerana terguris hati didakwa dimaki.

ARTIKEL PENUH: “Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

ARTIKEL PENUH: “Korang Ingat Tak Berjuta Ke Bapa Aku Invest Dekat Dia?” – Adik Lelaki Tampil Perjelas Isu Rumah Nak Dijual, Shila Amzah Bengang Kena ‘Mute’

ARTIKEL PENUH: “Emak Tak Reda Dengan Apa Yang Shila Buat, Stop Menipu!” – Terguris Kata-Kata Kesat, Fauziah Sarman ‘Tawar Hati’ Dengan Shila Amzah?

Dalam pada itu, enam pasangan telah diumumkan bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu selain Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik) adalah pasangan Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu), Sharif & Syaiful (adik-beradik).

Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Musim terbaharu yang lebih menyengat ini diterajui oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Binti Abdullah sebagai penerbit.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Nov 2025

“Pakaian Ketat Melekat, Singkat & Terbuka”- Ustazah Asma’ Harun Tegur Kumpulan Dolla, Dakwa Makin Ghairah & Memalukan

“nikah yang kita banggakan sebagai wajah seni hiburan negara kita ? Dolla, tolonglah berubah” – Asma’ Harun

Featured Tue, 6 Aug 2024
Hiburan Mon, 27 May 2024
Hiburan Sat, 17 Mar 2018

香蕉哥哥、草莓姐姐结婚!秘恋3年冲绳办婚礼

恭喜香蕉哥哥和草莓姐姐要结婚了!秘密交往了3年时间,小俩口近来宣布喜讯,将于19日在日本冲绳举行婚礼;这是东森YOYO家族首对哥哥、姐姐组成的夫妻档,消息一出令众人又惊又喜!

Hiburan Fri, 19 Jul 2024

Pernah Ditawar RM100,000 Buat Aksi Kurang Senonoh, Fitri Farok Tak Layan Mesej Lucah Di Media Sosial

Amboi, ramai ek ambil kesempatan nasib baik Fitri tak layan 🔥

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Swafoto di Makam? Anggun Kecewa!

Kecewa….itulah perasaan penyanyi Indonesia, Anggun apabila melihat segelintir rakyat Indonesia yang seperti lupa adab apabila melawat kubur bekas Presiden Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie.   Bayangkan keadaan di kubur bekas presiden itu apabila […]

Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Mon, 14 Jun 2021

Selepas 8 Tahun, Zara Zya & Azlee Khairi Kembali “Bercinta” Dalam….

Drama Love Your Mr Arrogant lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi yang menaikkan nama dua pelakon itu  kini kembali menemui penonton pada 10 Jun ini. Drama tersebut mencecah rating tertinggi ketika ditayangkan sekitar tahun 2013 […]

error: Content is protected !!