Categories: HiburanSelebriti

Amira Othman Mahu Lelaki Tenang

Jika pada tahun 2015, penyanyi berasal Johor ini ber .. ‘Hati-Hati’ dan kemudiannya ‘Jaga-Jaga’ selepas setahun, kini Amira Othman sudah mula ‘Mimpi Indah’ setelah menyepi sepanjang 2017. Kembalinya pemilik nama penuh Nadia Amira Othman,24,  ini dengan single terbaharunya ‘Mimpi Indah” diharap mengubati kerinduan peminat-peminatnya yang sudah lama menanti kemunculannya semula dalam arena seni suara.

“Tahun ini saya akan tumpukan kembali kepada nyanyian dan akan ketepikan sementara bidang lakonan,” ujar bekas pelajar Akademi Fantasia 2013 ini pada majlis pelancaran single terbaharu  Mimpi Indah’ di Flora Terrance, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Barangkali semua sudah pun maklum yang sepanjang tempoh dua tahun  lalu, Amira sebuk di bidang lakonan bagi drama dan telemovie ‘Abang Bomba, I Love You’ serta “Red Ve;vet’ waima turut bertindak sebagai pengacara program tv9 ‘Nasi Lemak Kopi O’.

Tetapi untuk tahun ini Amira mahu menumpukan kembali kepada nyanyian yang mula mengangkat namanya sebaik memperoleh tempat ke 3 dalam AF 2013. “Mimpi Indah’ ciptaan Hael Husaini dan diterbitkan oleh  Edry Abdul Halim  menjadi pilihan Amira daripada 100 buah lagu yang diperdengarkan kepadanya oleh syarikat rakaman, 17 Eleven Music.

Mengakui genre lagu ‘Mimpi Indah’ sama seperti lagu-lagu popularnya sebelum ini kata Amira, “ini sebab saya nak kekalkan konsep ‘Hati-Hati’ dan  “Jaga-Jaga’ cuma temponya diperlahankan sikit ala-ala lagu lullaby.” Bila mendengar lagu ini memang melodinya ada persamaan namun jelas Amira bezanya ‘Mimpi Indah’ mempunyai  kekuatan dari segi lirik dan sesuai didengar oleh individu yang sedang di alam percintaan.

Malah dalam muzik video lagu tersebut, Amira memulakan dengan alunan puisi dari peminat yang banyak diterimanya selama ini namun memilih puisi dari Farddmottidin  kerana dirasakan bersesuaian dengan irama lagu.

Dengan nilai romantis yang disuntik apakah ini bermakna hati Amira sudah berbunga dan dilamun cinta?

SGMS Putri