Bahang AJL33 semakin dirasai bukan sahaja dikalangan peminatnya tetapi finalisnya juga. Sehinggakan, penyanyi lagu Tak Pernah Hilang ini mengakui terkena serangan panik. 

Menurut Amylea, beliau terkena serangan panik kerana terlalu memikirkan tentang persiapan mereka yang belum siap sepenuhnya. Apatah lagi AJL33 semakin dekat.

” Bukanlah tak buat persiapan langsung, cuma apa yang dilakukan setakat ini masih belum mencukupi. Usaha yang dilakukan setakat ini saya rasa belum cukup untuk saya berasa yakin beraksi di atas pentas nanti. Mungkin itu adalah perasaan saya, saya pun tidak pasti”

” Tetapi memandangkan ini pertama kali saya akan beraksi diatas pentas AJL, jadi sudah pasti saya mahu berikan yang terbaik. Dan, mungkin sebab itu, tubuh saya tiba-tiba menggeletar kerana terlalu panik” Katanya

Sumber : Instagram @amyleaazizan

Walaupun mengalami panik akibat terlalu memikirkan tentang persembahan pada malam AJL33 nanti, Amylea juga sedikit sedih kerana sebahagian peminatnya dan Kaer tidak dapat sama-sama menyaksikan dan meraikan mereka pada malam itu kerana berdepan dengan masalah kehabisan tiket. 

” Sedih sangat kerana mereka sudah membuat pelbagai persiapan sebagai tanda sokongan. Apakan daya, rezeki mungkin tidak menyebelahi mereka kali ini. Namun saya berharap, semua penonton yang berada di Axiata Arena nanti, akan memberikan sokongan suapya kami lebih bersemangat membuat persiapan. ” Jelasnya

Sumber : Instagram @amyleaazizan

Wah, mungkin peminat-peminat Kaer dan Amylea boleh menyertai #AJLIDOL untuk menang tiket? Siapa tahu, kali ini rezeki berpihak kat korang?

Apapun, tak sabar nak tengok performance Tak Pernah Hilang untuk AJL33 nanti!

Salma Syahbuddin