Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 6, 2023 @ 2:40pm

Anak-Anak Tak Anggap Angeline Tan Fake, Harap Perkahwinan Bersama Sabri Yunus Tenang & Bahagia

Pasangan pelakon Sabri Yunus dan Angeline Tan atau nama Islamnya, Ardini Angeline sekali lagi diraikan dalam sebuah majlis yang cukup meriah pada Ahad.

Menurut Angeline, dia berdoa agar rumah tangga yang dibina bersama rakan baiknya yang juga pengarah Sabri Yunus kekal sehingga ke akhir hayat.

Malah, dia berharap agar perkahwinan keduanya ini lebih baik berbanding perkahwinannya yang lalu.

“Ini bukan perkahwinan pertama untuk kami berdua, saya dan suami tidak merancang apa-apa, tapi saya percaya kami berdua mampu untuk membina rumah tangga ini dengan baik dan aman berbanding rumah tangga saya yang dahulu.

“Dengan pengalaman dan kehadiran pasangan yang lebih memahami serta menyayangi, saya berharap semoga rumah tangga kami ini tenang dan bahagia selamanya,” katanya.

Sabri Yunus

 

Memetik laporan Ohbulan! Pengarah filem Duan Naga Bogho ini juga menyifatkan perkahwinannya bersama Angeline adalah kenangan dan memori termahal dalam hidupnya.

“Sehingga ke hari ini kami bergelar suami isteri, tiada satu perkara pun yang tak manis, sentiasa manis. Selama 30 tahun bersahabat dan kemudian memasuki fasa percintaan, kemanisan itu bertambah.

“Semoga perkahwinan ini menjadi satu perkahwinan yang mahal dalam memori hidup kami berdua,” jelasnya.

Sementara itu, anak-anak Sabri Yunus juga mendedahkan bapa mereka kini semakin bahagia dan kelihatan ceria.

Malah, mereka bersyukur selepas 16 tahun bergelar duda kini bapa mereka menemui peneman hidup.

Bahkan, sikap Angeline yang disifatkan tidak fake dan sentiasa mengambil berat membuatkan anak-anak menyokong keputusan bapa mereka untuk berkahwin.

“Jujur saya katakan, perubahan pada ayah dia memang nampak lain, wajahnya lebih berseri. Iyalah kan dulu hidup seorang kini berteman. Seronok lihat dia gembira.

“Syukur alhamdulillah, selepas 16 tahun ayah solo, akhirnya dia sudah ada peneman hidup yang baharu. Kami adik-beradik sangat gembira.

“Aunty Angeline kerap juga datang rumah kami daripada kami kecil lagi dan mereka akhirnya disatukan.

“Tak pernah nak minta ayah kahwin lagi, sebab itu urusan dia. Kami terima sahaja dia nak berkawan dengan sesiapa yang dia mahu. Asalkan dia bahagia.

“Bila ayah beritahu dia berkawan rapat dengan aunty masa PKP dulu, waktu itu dia tidak beritahu pun mahu ke arah yang serius, tapi kami boleh nampak dah yang dia suka.

“Sifat aunty Angeline yang saya lihat dia seorang yang sangat mengambil berat, tidak fake. Dia boleh menjaga kesihatan ayah, makan minum ayah. Sangat baik dan penyanyang,”kongsi anak-anak Sabri.

Terdahulu, pasangan ini telah dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza pada 14 Oktober lalu dengan hanya sekali lafaz.

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Berzina & Didakwa Tidak Sah, Dr Maza Perjelas Isu Akad Nikah Sabri Yunus & Angeline Tan -“Jangan Jadikan Benda Ni Terlalu Rumit”

ARTIKEL BERKAITAN:”Ustaz Zaman Kini Ada Yang Aneh-Aneh” – Isu Akad Nikah Tak Sah, Fasha Sandha Pertahan Sabri Yunus, Angeline Tan

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Mula Terbuka Hati Lepas Sebulan Bekerjasama Dalam Sitkom ‘Tanya Sama Pokok’, Angeline Tan Kongsi Cara Sabri Yunus Melamar – “Saya Tak Perlu Berpura-Pura…”

 

Sumber: Ohbulan!

Kredit Foto: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022

“No! Kalau Pegang Saya Tumbuk” – Celoteh Comel Anak Aisyah Hijanah Undang Tawa

Tular sebuah video pempengaruh, Aisyah Hijanah yang sedang mengajar anaknya Khadeejah Hijanah untuk tidak membenarkan orang yang tidak kenal cuba mendekati dan menyentuhnya. Telatah Khadeejah yang masih pelat berbicara menjadi bahan jenaka warganet di media […]

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Alicia Amin Tunjuk F**k Tak Dapat Arak Di KLIA?

Ini bukanlah kali pertama Alicia Amin mempersoalkan perkara sebegini. Alicia memutuskan untuk bersikap lebih terbuka dan tidak mahu menjadi gadis kolot.

Hiburan Sun, 30 Mar 2025
Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Mesej DM tak senonoh, Syazwan Zulkifly dedah perangai sebenar?

Soalan tersebut agak melampau dan juga mengandungi unsur seksual. Namun begitu, apakah benar Syazwan Zulkifly sendiri yang menghantar DM tersebut? ataupun akaun Instagramnya mungkin kena hack?

Trending Hari Ini Thu, 6 Mar 2025

Enjoy Drama & Variety Show Dengan RM8 – Smart TV Menanti!

Bayangkan dapat layan drama best, variety show kelakar, dan filem tempatan tanpa gangguan, semua dengan harga serendah RM8! Tak payah pening kepala cari hiburan berkualiti, sebab Tonton dah ada semuanya untuk korang.

Trending Tue, 7 Jan 2020

男人经常不穿内裤对身体到底有没有影响?

男人经常不穿内裤对身体到底有没有影响?很多人都不清楚……

Trending Tue, 28 Jan 2020

‘Virus Nipah’, Ramai Tak Tahu Malaysia Pernah Diserang Virus Paling Berbahaya 22 Tahun Lalu

Virus Nipah pernah meragut nyawa, virus ini rupanya berpunca dari..

error: Content is protected !!