Anak Kris Dayanti Bercinta Dengan Youtuber Nombor Satu Indonesia?

Usia anak kepada komposer Anang Hermansyah dan bekas isteri, Kris Dayanti yang sudah menginjak dewasa membuatkan ramai mahu melihat gadis cantik ini segera berkahwin.

Tidak hairanlah kalau ramai yang bertanya siapa agaknya jejaka yang berjaya mencuri hati pemilik nama Aurel Hermansyah ini.

Dalam pada itu, Aurel kini dilaporkan rapat dengan Youtuber terkenal, Atta Halilintar.

Menurut Atta, dia selesa berkawan dengan anak diva Indonesia itu serta menyifatkan Aurel sebagai wanita bekerjaya yang rajin.

“Saya kata pada Aurel, dia harus ada target, jangan hidup begitu saja, usah ikut teman teman atau seusia, jangan. Kita harus melebihi seusia kita. Buktikan wanita juga mampu melakukannya,” katanya.

Selain itu, Atta juga memuji sifat penyayang yang ada pada diri Aurel.

“Dia sangat baik terhadap orang tuanya. Tidak banyak isu, itu suatu hal yang dibanggakan.

“Aurel juga berjaya mendekati seluruh ahli keluarga saya termasuk pekerja di rumah. Itu yang membuatkan saya lebih respek terhadapnya,” katanya.

Hubungan Aurel dan Atta menjadi bualan netizen sejak akhir tahun lalu selepas sering bekerjasama menghasilkan kandungan untuk saluran Youtuber mereka.

SGMS Faida