Anak Menteri Dedah Perangai Sebenar Pengulas Fesyen Zaihani Mohd Zain

Nampaknya, isu pengulas fesyen, Zaihani Mohd Zain mengkritik tetamu fashion show yang berbadan besar masih belum reda lagi nampaknya?

Beliau bukan sahaja teruk dikecam netizen, tetapi golongan selebriti dan pereka fesyen juga turut memberikan respons terhadap perkara ini. Terbaru, anak kepada Timbalan Menteri Malaysia, Nurul Hidayah Zahid Hamidi juga tidak ketinggalan memberikan komen dan tampil mengulas isu. 

Menerusi satu muat naik dilaman instagram Nurul Hidayah, beliau nampaknya telah menulis caption yang agak panjang, yang ditujukan khas buat pengulas fesyen tersebut.

Tambahnya lagi, Kak Zai sememangnya seorang yang agak berterus terang. Maka, kenyataan tersebut dikeluarkan olehnya. Namun, apa yang pasti Kak Zai sememangnya tidak bermaksud untuk melukakan hati mana-mana pihak.

Dalam posting berkenaan, Nurul turut mendedahkan perangai sebenar Kak Zai. Menurutnya, Kak Zai seorang yang sangat menjaga solatnya. Dan, menurut Nurul, semua orang pasti melakukan kesilapan. Mungkin Kak Zai hanya mahu menegur tetapi,terdapat salah faham yang berlaku. Nurul juga meminta kedua-dua belah pihak mengambil perkara ini dari sudut positif.

Dipendekkan cerita, semua manusia ada khilaf. Mungkin niat Kak Zai utk menegur satu orang itu dan yg lain terasa. Sy pernah berada dalam situasi Kak Zai. Kita ikhlas menegur tetapi bukan semua yg boleh menerima teguran. Apa pun, Kak Zai .. sama2 kita ambil ini sebagai pengajaran dan iktibar. I know u are a nice person. Untuk yg sentap (60kg ke atas), kita ambil sebagai satu teguran yg positif. Siapa yg tak nak kuruskan? Dan siapa pulak yg nak jadi tua kerepot yg dikecam? “Beauty is in the eye of the beholder”, jelas Nurul.

Begitulah perangai sebenar Kak Zai menurut Nurul Hidayah. Kiriman ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan persepsi negatif masyarakat terhadap kontroversi yang berlaku.  Kepada netizen di luar sana, janganlah mengeruhkan lagi keadaan okay. Semoga tulisan Nurul ini dapat dijadikan pengajaran buat semua pihak.

Ditulis oleh: Nur Nasuha

Ad Ops