Anggap Perkara B*doh, Suami Fatin Afeefa Dah Setahun Tinggalkan Dunia Forex? – “Elok Je Boleh Hidup”

Suami pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mendedahkan dia kini sudah setahun meninggalkan aktiviti pelaburan mata wang asing, Forex.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Aliff atau lebih mesra disapa Opai itu tidak mahu melibatkan diri dalam pelaburan disifatkan sebagai perkara ‘b*doh’ itu.

“Pasal Forez kau jangan cakap, Aku dah setahun tak buat benda b*doh tu. Dah setahun tak berharap benda itu. Elok saja boleh hidup.

“Kau kalau fikir forex boleh bagi kau makan, cari balik iman kau dekat mana.

“Aku yakin rezeki itu luas, yang penting yakin. Allah maha kuasa, makhluk tak ada kuasa. Jual apa pun boleh,” katanya.

Aliff berkata demikian bagi menjawab persoalan netizen yang menganggap dirinya menipu untuk menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma, sekaligus mengaitkan dengan aktiviti forex.

@aliff_awang

Aku yakin rezeki itu luas 😆 yang penting yakin, Allah maha kuasa. Makhluk takda kuasa. Jual apa pun boleh #confirmfyp

♬ Inspirational – neozilla

Aqilah Paharuzi