Anna Jobling Sebak, Sempat Penuhi Impian Bertemu Peminat Cilik Menderita Penyakit Otot

Pelakon Anna Jobling sekali lagi mencuri perhatian apabila sempat menyantuni peminat ciliknya bernama, Sofia, 8,  di kediaman kanak-kanak itu baru-baru ini.

Menurut Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling, 23,  dia dan Sofia sudah lama berhubung menerusi panggilan telefon dan pada Ahad lalu dia diberikan kesempatan untuk bersemuka dengan kanak-kanak itu.

“Ahad lepas baru saya berkesempatan untuk ke rumah dan bertemu Sofia. Adik Sofia ni sebenarnya anak kepada salah seorang peminat saya dan saya selalu juga hantar video kepadanya disebabkan dia salah seorang peminat drama Melur Untuk Firdaus.

“Tentang pertemuan ini sebenarnya memang kami dah lama rancang tapi disebabkan kekangan kerja semuanya asyik tertangguh,” katanya.

Mengaku sebak setelah mendapat kad tulisan dari Sofia, Anna bagaimanapun tidak mahu menangis dihadapan kanak-kanak itu kerana bimbang dia akan berasa hati dengan keadaannya.

Malah, sebagai tetamu dia berkesempatan untuk memberikan sedikit buah tangan berupa baju, anak patung dan buah kegemaran Sofia.

“Saya sangat sedih dan terharu, lebih- lagi bila dia bagi kad tulisan kepada saya. Saya tak mahu menangis di hadapan dia. Saya tak nak dia nampak sebab keadaan dia macam tu. Saya kena kuat untuk dia,” jelasnya.

Difahamkan, Sofia kini sedang menderita penyakit otot dan pernah mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi  (ICU) Hospital Kuala Lumpur sebelum ini.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin