Hiburan By: SGMS Faida April 30, 2018 @ 10:50am

Antara Singapura- Malaysia, Akhirnya Adi Putra Buka Mulut!

Adi Putra Warganegara Malaysia-lah!

Akhirnya terjawab sudah status kerakyatan pelakon kelahiran Singapura, Datuk Adi Putra. Beliau mengesahkan bahawa dirinya kini sebagai seorang warga negara Malaysia.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG), Adi Putra mengakui sekarang merupakan masa yang sesuai untuk dia mengumumkan mengenai perkara itu kepada umum.

“Ramai yang mempersoalkan tentang kerakyatan saya, memang benar dilahir di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.

“Isteri saya, Datin Hajah @adyaidayusof kelahiran Malaysia, anak-anak warga Malaysia, saya menjadi warga Malaysia dah lama tapi sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya ialah Malaysia.

“Apa yang tertulis tadi diketepikan dahulu, yang penting sekarang tinggal 10 hari untuk mengundi, tidak kira parti mana, warna apa, sokong ataupun tidak, suka atau tak suka, itu hak masing-masing.

“Mahupun saya dibenci, saya terima, asal Allah tak membenci saya. Sekurang-kurangnya semua Petronas di Malaysia sediakan surau untuk Solat sekiranya terlambat ke masjid, surau dan rumah. Janji dapat solat,” tulisnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jan 2024

“Stesen TV Tak Boleh Ambil Mereka Walaupun Popular” – Rashid Sibir Mohon Jangan Terima Artis Bermasalah Berlakon

“Niat kita suci, kita nak biar orang tengok produk kita dan puji” – Rashid Sibir

Hiburan Sat, 21 Dec 2019

Farah Nabilah Sah Milik Amirul Yunus Dengan Sekali Lafaz!

Wah! RM11,111,11 bagi setiap tahun perkenalan?

Featured Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Sat, 12 Oct 2019

Takziah…Kamal Chilok Kembali Ke Rahmatullah

Innalillah wa inna ilaihi roji’un

Hiburan Sat, 19 Oct 2019

Kematian Sulli Buka Mata Industri KPop…

Sulli sasaran pengkritik online tanpa nama.