Events By: Salma Syahbuddin December 21, 2023 @ 4:38pm

Anugerah Juara Lagu Platform Terbaik Penyanyi & Komposer

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berpendapat, penganjuran anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38)  adalah platform terbaik untuk artis dan juga komposer.

Menurutnya, selain menyumbang kepada pendapatan yang tinggi ia juga platform untuk melonjakkan populariti artis berkenaan.

“AJL menjadi platform terbaik yang mampu melonjakkan populariti artis dan komposer serta lagu mereka, selain menyumbang kepada pendapatan yang tinggi jika berjaya ke peringkat akhir.

“Bagi saya, untuk tarik diri dari mengambil bahagian merupakan suatu tindakan yang kurang bijak yang akan merugikan mereka sendiri dalam jangka masa panjang.

“Sudah terbukti AJL merupakan sebuah program yang paling popular dengan jutaan pengikut dan penonton antara peminat seni suara di Malaysia. Sesiapa yang menang atau menjadi finalis akan berpotensi menjana pendapatan yang tinggi selepas muncul dalam program tersebut.

“Ia termasuk menerima undangan untuk membuat persembahan serta peningkatan populariti lagu mereka di kalangan peminat disertai sekali dengan tontonan tinggi di pelbagai platform media sosial yang sudah pasti akan membawa pulangan yang lumayan,” katanya.

Bayaran royalti cecah jutaan ringgit

Tegasnya, sekiranya isu membabitkan bayaran, pihak Media Prima antara yang membuat bayaran royalti berjuta ringgit setiap tahun kepada dua badan kutipan royalti iaitu Perlindungan Hak Cipta Pengarang muzik (MACP) dan Prestasi Awam Malaysia (PPM) untuk karya muzik dan rakaman yang digunakan dalam siaran radio dan televisyen.

“Jika ia melibatkan bayaran duit apa yang saya faham ialah pihak Media Prima ada membuat bayaran royalti berjuta ringgit setiap tahun kepada dua badan kutipan royalti iaitu MACP dan PPM untuk karya muzik dan rakaman yang digunakan dalam siaran radio dan televisyen.

“Ini berjaya memberi imbuhan yang signifikan setiap tahun kepada komposer dan penulis lirik tempatan selain ahli RIM dan MPA melalui dua badan kutipan itu. Jadi apa lagi masalah dan tuntutan yang dimaksudkan itu?” jelasnya.

Mengulas lanjut, Freddie juga menasihatkan agar artis dan komposer menjalin hubungan baik dengan stesen penyiaran demi mendapat sokongan berterusan dalam karier masing-masing.

“Artis dan komposer dinasihati menjalinkan hubungan baik dengan stesyen penyiaran utama seperti Media Prima dan mendapatkan sokongan berterusan untuk kerjaya mereka melalui semua program popular stesen televisyen mereka termasuk AJL, Melodi, MHI, Jom Heboh dan lain-lain serta penyiaran lagu-lagu melalui stesen radio kepunyaan Media Prima yang amat popular.”

“Jadi saya menasihati artis dan komposer untuk elak melakukan satu kesilapan besar dan terus menyertai program AJL yang paling berprestij ini untuk kekalkan hubungan baik dengan semua media di bawah Media Prima serta menentukan suatu masa depan yang lebih cerah bagi diri mereka” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Thu, 19 Sep 2019

Pharell Williams Supports Women Empowerment With Adidas Originals Campaign “Now Is Her Time”

Dear Pharell, we love you, sincerely, women from all over the world.

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Tahniah…Adira Timang Anak Ketiga!

Tahniah kepada Adira!

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Jalan Licin, Kereta Afieq Shazwan Terbabas Di Lebuh Raya!

Berkongsi pengalaman cemas semalam, kereta Afieq tiba-tiba terbabas di tengah jalan akibat jalan licin ketika hujan. 

Featured Wed, 2 Aug 2023
Featured Thu, 2 Jun 2022
Featured Fri, 23 Apr 2021

Pemeriksaan Terhadap Pelajar Datang Bulan Di Sekolah Tidak Sepatutnya Berlaku – Rina Harun

Susulan berita yang tular di laman sosial mengenai sebuah sekolah yang melakukan pemeriksaan datang bulan terhadap pelajarnya, malah mereka mendakwa turut diminta membuka pakaian dalam bagi membuktikan mereka sedang dalam haid dan tidak boleh berpuasa. […]