Anzalna Nasir Kongsi Kisah Anak Kawan Hidap ‘Rare Disease’, Perlukan Bantuan Untuk Rawatan Mencecah Jutaan Ringgit

Aktres jelita, Anzalna Nasir telah berkongsi keadaan kesihatan anak kepada kawannya, Luth yang semakin merosot.

Perkongsian tersebut telah dibuat menerusi beberapa hantaran di Instagram Story.

Menurut Anzalna, jangka hayat yang diberikan oleh doktor hanyalah setahun tetapi mereka mendapat berita gembira bahawa penyakit yang dikategorikan sebagai ‘rare disease’ tersebut mempunyai rawatan yang lengkap di luar negara.

Tujuan Anzalna berkongsi hantaran tersebut di Instagram Story adalah untuk mendapatkan bantuan bagi menampung keperluan, rawatan dan perubatan kanak-kanak tersebut.

Bagi mendapatkan kos yang mencukupi, Anzalna berkongsi hantaran berserta ‘link’ yang diberi nama #MisiBantuLuth agar orang ramai dapat memberikan bantuan kepada Luth kerana kos perubatannya memakan hampir jutaan ringgit.

“Kawan Anzalna seorang ibu tunggal kepada Tiga orang cahaya mata, dia telah mengeluarkan simpanan dia untuk keperluan, rawatan dan perubatan anak dia ke luar negara di mana atas tanggungan dia sendiri tetapi masih tidak mencukupi kerana kos di luar negara yang sangat tinggi mencecah jutaan ringgit Malaysia

“Luth anak yang kuat. Terima kasih kepada semua yang sudi menolong Luth. Semoga Luth dipanjangkan usia dan sihat seperti sediakala. Ramai yang mendoakan untuk Luth,” tlis Anzalna di ‘Instagram Story’.

Orang ramai juga boleh memberikan sumbangan kepada Luth menerusi laman sesawang https://bantuan.hollow-web.com/.

Izzi Farhana