“Apa Yang Dia Buat Sakit, Saya Tak Rasa Kehilangan Pun…” – Puteri Balqis Akui Hidup Lebih Baik Tanpa Kehadiran Bapa

Pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis, 15, mengakui hidupnya kini lebih baik tanpa kehadiran seorang bapa.

Menurutnya, bapanya yang dikenali sebagai Azizi Aziz sudah lama ‘menghilang’.

Malah, Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish ini mengakui kehidupan tanpa kehadiran seorang bapa sejak berumur 10 tahun menjadikan dirinya lebih baik.

“Kami tak berhubung dan saya sendiri nak jauhkan diri sebab apabila dia tiada, saya jadi lebih baik. Waktu ada dia, saya berdepan tekanan kuat.

“Kali terakhir saya  berhubung dengan ayah kira-kira umur 10 atau 11 tahun,” katanya.

Selain itu, pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014 ini mengakui, hidupnya kini sudah cukup lengkap walaupun tanpa kehadiran seorang bapa.

“Apa yang dia buat, sakit. Jadi, saya nak jauhkan diri. Sebab apabila saya hubungi dia pun, nampak ‘chemistry’ sudah tiada.

“Sekarang ibulah yang jadi ayah. Dia ibu dia jugalah ayah. Hidup saya lengkap, tak rasa kehilangan. 

“Sekarang ini, saya cuma ada tiga orang sahaja. Diri saya sendiri, ibu dan pengurus (Fariz),” tambahnya.

Sumber : Kosmo

Salma Syahbuddin