“Apa Yang Kita Buat Untuk Orang Lain belum Tentu Dihargai…” – Zara Zya

Pelakon popular, Zara Zya mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran di Instagram miliknya seolah-olah meluahkan perasaannya.

Menerusi perkongsian tersebut, pemilik nama penuh,  Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, berkata, dalam kehidupan ini, tidak semua pengorbanan yang dilakukan akan dihargai.

Justeru, dia memohon agar peminat dan orang ramai di luar sana sentiasa menyayangi dan mengutamakan diri sendiri melebihi orang lain.

“Kesimpulannya, dalam hidup ni, apa yang kita buat dan korbankan untuk orang lain belum tentu dihargai.

“Jadi, mulakan untuk lebih menyayangi diri sendiri. Life will figure it out the best for you,” katanya.

Sebelum ini, teraju utama drama rantaian Hati Tercarik Luka yang disiarkan di TV3 itu menerima kritikan dalam kalangan peminat gara-gara melakukan adegan dipeluk lelaki dalam drama lakonannya.

Bagaimanapun, Zara mengakui khilafnya dan berjanji akan lebih menjaga batas sebagai seorang muslimah bertudung pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Terima Gangguan Seksual Bertubi-Tubi & Jadi Mangsa Scam, Zara Zya Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Memukau! Body Goals Zara Zya Bikin Netizen ‘Makan Hati’

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Mahu Zara Zya Bersama Shuib, Ini Respons Tuan Badan – “Jangan Terlalu Syok Atur Kehidupan…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Kahwin Ke? Tak Laku Ke?” – Sering Ditanya Soal Kahwin, Zara Zya Akui Trauma & Tersinggung Hati

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dah Bersedia Untuk Bergelar Isteri”- Zara Zya Beri Bayangan Tamat Zaman Bujang Tahun Ini?

Salma Syahbuddin