Aqasha Bakal Jadi Hang Tuah Dalam Puteri Gunung Ledang The Musical?

Sesi ujibakat Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical 2020 telah pun berakhir, namun pihak produksi PGL 2020 masih belum mengumumkan senarai  pelakon yang bakal membarisi pementasan teater berprestij itu. 

Walau bagaimanapun baru-baru ini, pelakon, Aqasha memuat naik sekeping foto bersama Puan Sri Tiara Jacquelina di akaun Instagram miliknya, di mana dia seperti memberi bayangan bakal melakonkan watak yang paling diidamkan iaitu Hang Tuah.

“Dinda? Di sini rupanya dinda? Berpijak juga dinda ke tanah kekanda. Hah! Apasal ni? Kenapa saya ambil foto bersama Puteri Gunung Ledang?

“Adakah saya nampak terlalu teruja atau terlalu berharap? Mungkin…2020 ada beberapa perkara menarik dari saya, yang akan terjadi buat kamu semua,” tulisnya sebagai kapsyen. 

Menjengah ke ruangan komen, komen dari rakan-rakan selebriti malah Tiara sendiri seperti mengiyakan bayangan Aqasha itu dan ini menimbulkan rasa tak sabar dan teruja dari peminat-peminat Aqasha sendiri untuk menyaksikan pementasan PGL 2020 tahun ini. 

PGL The Musical yang diarahkan Tiara bakal menemui peminat di Esplanade, Singapura pada Jun 2020 dan Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Julai 2020.

Sumber: Instagram @theaqasha

Del14