Ara Johari Perjelas Dakwaan Sudah Bertunang, Foto Di Atas Pelamin Rupa-Rupanya…. – “Doakanlah Yang Terbaik”

Penyanyi bervokal mantap, Ara Johari tampil menjelaskan foto dirinya di atas pelamin sehingga menjadi persoalan warganet baru-baru ini.

Bercakap kepada XTRA, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari memaklumkan foto bersama seorang lelaki di atas pelamin itu adalah adik lelakinya.

“Siapa yang mengetahui saya, mereka akan tahu itu adalah adik lelaki saya. Kiranya langkah bendul juga lah.

“Saya juga ada kongsi gambar dia bertunang. Untuk saya bertunang itu, masih belum ada perancangan.

“Calon… doakanlah yang terbaik untuk tahun ini,” katanya kepada pemberita.

Ara ditemui pada sidang media Pesta Muzik Kuantan yang berlangsung di Ibu Kota, pada Jumaat.

Kongsi pelantun lagu Sudah itu lagi, dia berkata peminatnya juga tahu mengenai pertunangan adik lelakinya itu.

“Untuk peminat, mereka memang tahu perkara itu. Mereka juga kenal adik saya sebenarnya.

“Ramai yang tahu adik saya bertunang, tak ada pula yang tanya sayakah yang bertunang.

“Dekat mesej langsung (DM) juga tiada yang tanya,” kongsinya.

Disoal bilakah bakal menamatkan zaman bujang, anak kedua daripada empat adik beradik itu hanya berserah kepada Tuhan.

Malah, Ara juga mengakui sedikit terasa apabila adiknya terlebih dahulu berumah tangga darinya.

“Sudah tentu ramai yang bertanya, saya tiada jawapan sebab tak tahu bila nak bertunang atau berkahwin.

“Jodoh juga datang dan pergi. Kadang ada kadang tiada. Begitulah. Kita serahkanlah pada Yang Maha Esa.

“Kekok itu tak ada sangat tapi ada lah terasa sebab adik kahwin dulu, sepatutnya abang dan kakak kahwin terlebih dahulu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ara bakal muncul di Pesta Muzik Kuantan Bersama Dengan Ungu & Artis Tanah Air pada 24 Februari 2024 di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun Menyepi, Ara Johari Buat ‘Comeback’ Dengan SUDAH

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Dicabul Individu Lelaki, Ara Johari Ambil Langkah Berhati-Hati

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Genggam Tangan & Cium Bersungguh” – Disangka Peminat, Ara Johari Dedah Dicabul Individu Lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terkejut Ara Johari Ungkap Kata-Kata Jiwang – “Jarang Eh Bagi Ayat Macam Ni”

Khairil Khusyairi