Selamat Hari Jadi, Ara Johari! Penyanyi kecil molek ini baru saja menginjak usia ke 21 tahun pada 27 Jun lalu.

Seiring dengan peningkatan usia, penyanyi terkenal dengan single Bunga ini juga mahu mengubah sesuatu dalam dirinya.

“ Saya nak jadi lebih matang, lebih-lebih lagi ketika membuat keputusan. Dalam masa sama membuang jauh sikap baran.  

“ Diharap pada usia 21 tahun ini saya akan jadi individu lebih baik dan dapat buang jauh sikap buruk,” katanya.

Kata Ara, perubahan ini perlu dilakukan agar orang sekeliling lebih selesa setiap kali bersamanya.

Dalam masa sama, Ara mahu memastikan lagu nyanyiannya pada masa akan datang lebih berkualiti bagi memastikan kerjaya seni berjalan lancar.

“Selain aktif menyanyi, saya juga mengembangkan perniagaan katering Ara Kitchen By Ara Johari di Shah Alam serta bakal membuka cawangan di Negeri Sembilan tidak lama lagi,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini, Ara bakal tampil dengan kelainan menerusi single ketiga yang bakal berada di pasaran bermula September ini.

“Kali ini saya mempertaruhkan lagu bergenre rock hasil tulisan saya bersama seorang rakan. Insya-Allah single ini akan dilancarkan pada 16 September depan,” katanya.

Good Luck Ara, tak sabar nak dengar single terbaru awak, gerenti meletop!

SGMS Faida