Opsss…Barang Tiruan Rupanya

Bila orang biasa menggayakan barang tiruan, mungkin ramai yang tak ambil pusing. Tapi berlainan pula apabila selebriti menggunakannya, mungkin ramai yang garu kepala!

Kenapa agaknya mereka tak membeli yang original saja? Maklum saja, mereka dijadikan idola ramai, sudah tentu gaya harian terus dicontohi.

Menerusi laman Instagram @streetwearbustamy, pemilik akaun ini mendedahkan beberapa nama artis Malaysia yang menggunakan barang tiruan. 

Ismail Izzani, Aiman Tino, Haqiem Rusli, Emma Maembong dan Fathia Latiff antara nama yang dipetik.

Barangan yang digayakan pula bukan calang-calang jenama antaranya Supreme, Balanciaga, Adidas, Gucci mahupun Louis Vuitton. Mungkin mereka ada jawapan tersendiri kenapa agaknya pilih untuk menggayakan fake item

 

 

 

Syabas buat artis Malaysia yang menggunkan barangan jenama asli termasuk Awal Ashaari, Sharifah Sakinah, Nabila Razali dan Asad Motawh.

Menurut akaun tersebut, selebriti yang menyokong barangan tiruan itu boleh dianggap sebagai menyokong jenayah hak cipta.

Sumber: streetwearbustamy

SGMS Enal