Atikah Suhaime Bakal Bergelar Datin?

Selepas putus tunang pada Mac lalu, pelakon Atikah Suhaime mengakui sedang mengenali hati budi seseorang.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki itu merupakan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Lokman Teh.

“ Buat masa ini saya dalam proses mengenali hati budi dan perkenalan itu melalui seorang kenalan.

“Perkenalan kami terlalu singkat iaitu dalam tempoh beberapa bulan. Buat masa ini kami sedang berkawan tambahan pula saya gemar mengenali ramai orang,” katanya.

Atikah sebelum ini mengikat tali pertunangan bersama Awie Rafael sebelum hubungan itu putus pada 14 Mac lalu. Mengikut perancangan mereka sepatutnya bernikah pada 17 Mac lalu.

Spekulasi mengatakan Atikah dan Lokman bercinta timbul apabila mereka sering berkongsi foto di lokasi, tarikh dan masa yang sama di Instagram (IG).

Dalam pada itu lelaki terbabit juga dikatakan mengikuti Atikah ketika menjalani penggambaran drama di luar negara.

SGMS Enal