Atikah Suhaime Tak Kisah Suami Boroi Asal Berduit?

Atikah Suhaime baru-baru ini telah ditemubual oleh sebuah stesyen radio tempatan dan telah memuat naik secebis dari temubual itu di laman instagramnya @therealatikahsuhaime. Pelakon yang sehingga kini masih sendiri selepas putus tunang dengan penyanyi, Awi Rafael tiga hari sebelum mereka dijadualkan untuk berkahwin, memberikan ciri-ciri lelaki idamannya sebagai rujukan lelaki-lelaki yang ingin menyuntingnya di kemudian hari.

 

Antara kriteria yang dicari oleh Atikah ialah si dia perlu mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh juga bersikap lucu dan menghiburkan hati. Umur tidak menjadi faktor ukuran di dalam mencari pasangan kerana menurut beliau “saya tak kisah umur sebab umur tu tak show that u are matured, kadang saya pernah jumpa orang umur 60 tahun tapi perangai macam budak kecik” dan yang paling mengejutkan, Atikah suka orang yang buncit! Apahal ni dik? Selalunya orang suka pasangan yang pasang badan, ni terbalik pulak.

 

 

Takut nanti ada lah tu dato’-dato’ ke tan sri ke yang memenuhi kriteria di atas teruja mendengar penyataan Atikah ni sebab dah boleh hantar rombongan meminang. Tapi kalau nak sunting Atikah jadi isteri kedua ke, ketiga ke…tolonglah buat dengan cara yang betul dan dapat keizinan dari isteri masing-masing. Jangan bawa lari anak dara orang ya? Semoga Atikah menjumpai pasangan yang sesuai dengannya yang boleh membimbing dan menjaga Atikah sampai bila-bila….till Jannah gitu.

 

 

 

 

Del14