Atiq Azman Bengang Individu Lelaki Dakwa Dirinya Acah ‘Straight’ – “Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas”

Pelakon Atiq Azman luah rasa bengang dengan tindakan seorang individu lelaki yang mendakwa dirinya tidak ‘lurus’ gara-gara muat naik video di laman media sosial baru-baru ini.

Menerusi Instagram pelakon drama Nur itu, Atiq memuat naik hantaran di Instastory dengan memaparkan tangkap layar kenyataan individu tersebut yang mendakwa Atiq seorang yang ‘songsang’.

Tampil membalas dakwaan tersebut, Atiq memberitahu dia seorang yang lurus malah meminta individu tersebut mencerminkan dahulu dirinya sebelum membuat andaian.

“Okay bro nak perhatian eh, okay aku bagi, sekarang ni bro terasa ke bro? Berapa ramai viewers story kau? sebelum viral sana, meh sini aku nak cakap “sape makan cili je bro terasa pedas dia”

“Alhamdulilah aku straight ,takde nak cakap “ala biasa la yang menentang cakap macam ni la gay” no point bro kau cakap, ke kau yang termasuk golongan support LGBT dekat Malaysia ni bro.

“Sebelum nak kata orang, cermin dulu bro, ke nak cermin? Ada kat rumah ni ha, tak pun dekat Arab tu tempat baru besar gedabak cermin, tengok-tengok kat sikit diri tu, takut gigi dalam takde. Ada hati nak ngata..halah sedih,” tulisnya.

Menerusi hantaran instastory juga, Atiq memberitahu dia akan menolak sekerasnya individu yang bersifat tidak lurus.

“Sekali lagi aku nak cakap kepada kaum lelaki, yang member family semua tolak tepi la, yang fanss especially, tak kisah kau support orang, Atiq sangat terharu & berterima kasih sangat-sangat

“Tetapi bila kau nak comment, nak nilai orang dari atas sampai bawah, yang terlampau kemaruk sangat dengan sifat tak lurus kau, aku tolak siap-siap, aku pijak siap-siap!

“Ingat bro “sape mkan cili je rasa pedas ” yang lain relax ,puak-puak dorang je Atiq tuju,” tegas Atiq.

Sebelum ini, nama Atiq Azman sekali lagi menjadi perhatian apabila video dimuat naik menerima pelbagai komen yang rata-ratanya mendakwa pelakon muda itu sering menayangkan sosok tubuhnya di media sosial.

Khairil Khusyairi