“Doakan Urusan Berjalan Lancar” – Hampir 4 Tahun Kenal Hati Budi, Riena Diana Bakal Bernikah Tahun Depan

Pelakon cantik, Riena Diana memaklumkan bahawa bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih, Nik Afiq pada tahun depan.

Jelas Rina, dia dan kekasih telah mengenal hati budi antara satu sama lain hampir empat tahun dan ingin ke fasa seterusnya.

“Selepas hampir empat tahun mengenali hati budi, kami ingin membawa hubungan ini ke fasa seterusnya.

“Jadi kami merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan.

“Doakan semoga perancangan ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar,” tuturnya kepada Harian Metro.

Namun begitu, pelakan drama Kampung People itu memaklumkan bahawa mereka masih belum membuat sebarang persiapan mahupun menetapkan tarikh rasmi majlis.

Memetik laporan Harian Metro, Riena mendedahkan persiapannya lebih kepada mengenal hati budi keluarga kekasihnya itu.

“Belum ada sebarang persiapan tetapi lebih kepada mengenali hati budi keluarga belah teman lelaki.

“Alhamdulillah, saya dengan keluarga Nik sangat rapat. Kami selalu bertemu sebab keluarganya menetap di Melawati saja,” kongsi Riena.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari