Atiq Azman Tegaskan Tidak Suka & Benci Dituduh G*y – “Lantaklah Apa Nak Cakap…”

Pelakon Atiq Azman menegaskan dia menentang sekerasnya golongan lelaki yang menyukai kaum sejenis (homoseksual) atau gay.

Memetik laporan Kosmo! Atiq atau nama lengkapnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah menjelaskan dia tidak suka dan benci dengan tuduhan yang mengatakan dia tidak ‘lurus’.

“Saya tidak boleh terima bila orang tuduh saya menyukai kaum sejenis atau terlibat dengan aktiviti LGBTQ.

“Memang saya menentang habis-habisan. Saya mahu tegaskan memang saya tidak suka dan benci apabila dituduh gay,” katanya

Dalam pada itu, Atiq mengaku kesalahannya dalam soal sering berkongsi gambar menayang tubuhnya di media sosial. Malah menerima teguran warganet.

“Saya mengaku salah (berkongsi gambar badan). Saya terima teguran orang. Cuma saya tidak boleh terima bila dituduh gay.

“Saya boleh terima jika mereka (peminat gay) menyukai saya sebagai seorang pelakon, tapi kalau lebih daripada itu, memang saya tidak suka,” ujarnya.

Biarpun lantang menentang, pelakon drama Nur itu tidak kisah dengan tanggapan golongan terbabit kerana menganggap apa yang disuarakannya adalah perkara benar.

“Lantaklah apa nak cakap. Saya rasa tidak salah. Ada ramai lagi artis lelaki lain yang kongsi gambar sebegitu, tetapi kenapa tak kena kecam dan dituduh gay?

“Mungkin hanya sebab saya berwajah jambu dan bibir merah, jadi mereka anggap saya begitu,” jelasnya.

Sumber: Kosmo!

Khairil Khusyairi