Awie Keluar Hospital, Bakal Cuba Kaedah Alternatif Pula

Selepas seminggu ditahan di wad, penyanyi terkenal Datuk Awie akhirnya dibenarkan keluar daripada hospital.

Namun begitu, dirinya masih belum sempuh sepenuhnya dan bakal melakukan cara alternatif pula selepas ini.

“ Doktor kata saya sihat, tak ada penyakit. Saya sudah dibenarkan keluar. Saya reda dengan apa yang terjadi dan menganggap ia sebahagian daripada ujian Allah.

“ Ini semua mungkin Allah nak uji dan saya reda. Doakan saya,” ujarnya ringkas. 

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Ampang selepas mengadu sesak nafas.

Berikutan masalah dihadapinya itu, Awie terpaksa membatalkan beberapa persembahan pentas termasuklah pada acara di Pesta Pulau Pinang.

Kredit gambar: Datuk Dj Dave

SGMS Faida