Nampaknya lagi beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun baharu 2019. Pastinya tahun 2018 akan memberi seribu satu kenangan yang akan kita semat di hati selamanya.
Bila dah nak penghujung 2018 ini, apa kata anda manfaatkannya dengan mencuba resipi apam yang telah diolah bersama santan. Rasanya lebih sedap ya berbanding apam biasa!
Nak tahu cara membuatnya? Jom lihat video ini!
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
3/4 cawan gula
3 biji telur
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila
1 kotak kecil santan kotak (200ml)
Pewarna makanan
1. Tapiskan tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk. Ketepikan.
2. Di dalam mangkuk yang lain, masukkan gula dan telur. Putarkan menggunakan mixer sehingga kembang.
3. Masukkan santan ke dalam telur yang kembang tadi dan mixer lagi sehingga adunan sebati.
4. Masukkan tepung yang telah ditapis dan kacau sehingga adunan rata antara satu sama lain.
5. Kemudian, bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Tambahkan pewarna makanan yang berlaian pada setiap adunan tersebut. Kacau sehingga pewarna sebati dengan adunan.
6. Letakkan sedikit minyak di dalam acuan kuih apam ini. Pipingkan adunan. (Rujuk video)
7. Seterusnya, kukus selama 10 minit.
8. Siap untuk dihidangkan!
Selamat mencuba!
Sumber: Buat Orang Lapo
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅