Categories: HiburanTrending

Ayah Tya Arifin Sebak, Menitiskan Air Mata Ziarah Anak Di Malaysia Gara-Gara….

Bangga melihat kejayaan anak perempuannya melebarkan sayap dalam bidang bisnes di Malaysia, bapa kepada pelakon Indonesia, Tya Arifin iaitu Arifin Hasan tidak mampu menahan sebak dan menitiskan air mata selepas hadir berkunjung menziarahi anaknya di ibu kota baru-baru ini.

Menurut Tya, kali terakhir keluarganya melihat perjuangan dirinya membangunkan empayar perniagaan adalah sekitar tiga tahun lalu.

Detik manis ini dikongsikan sendiri oleh pelantun lagu Bagaikan Mutiara itu di laman Instagram miliknya.

“Terakhir kali keluarga saya tengok saya bekerja di rumah je. Sekali rumah dan sekali office. tuga tahun lalu, Mbak Ipit, Kak Alfi tolong packing Mutyara dari rumah,” katanya.

Menurut Tya, kejayaan yang diperoleh dahulu tidaklah sehebat kini kerana di awal kemunculannya dalam bidang bisnes, Tya hanya mampu menggajikan dua orang pekerja sahaja.

Tya juga berkesempatan membawa ahli keluarganya melawat pejabat urusannya yang terletak di Puchong, Selangor dan tidak segan mangakui bahawa keluarga dan usahawan naungannya merupakan tunggak utama kerjaya dan kehidupannya.

“Kelmarin ketika mereka ke sini, saya ajaklah ke tempat saya bekerja sekarang, Wisma Mutyara. Tak tahu nak gambarkan perasaan saya, mereka adalah ‘big why’ saya, alasan kenapa saya buat semua ini,” tambahnya.

Menyambut baik kehadiran keluarga mertua dari Palembang Indonesia, suaminya Asyraf Khalid juga dilihat tidak ketinggalan berkongsi rakaman detik indah berkenaan di laman sosialnya.

Untuk rekod, pasangan ini telah melangsungkan pernikahan pada November 2015. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

Padin