Hiburan By: Khairil Khusyairi August 7, 2023 @ 12:00pm

Azad Jasmin Dedah Pernah Bermasam Muka Dengan Eira Syazira Gara-Gara…

Artis serba boleh Azad Jasmin mengakui pernah bermasam muka dengan isterinya yang juga seorang pelakon dan penyanyi Eira Syazira hanya kerana mahu membeli dan melabur emas.

Azad berkata, ketika menyampaikan hasrat itu kepada Eira, isterinya tidak bersetuju kerana bimbang akan menjadi mangsa penipuan atau ‘scammer’.

“Jujurnya saya memang pernah ditipu sebelum ini dengan kerugian yang banyak juga jadi saya faham bila Eira tarik muka dan tidak bersetuju pada awalnya.

“Saya cuba yakinkan dia dan Alhamdulillah bila dia nampak saya bawa balik emas itu dalam bentuk fizikal dia mula senyum,” katanya pada majlis menandatangi perjanjian persahaman (MoU) Quantum Metal (QM) Sdn Bhd dan Semboyan Malaysia, pada Sabtu.

Azad berkata, tujuan dia membuat keputusan melabur emas sebagai tujuan simpanan untuk masa depan bagi dirinya dan keluarga.

Namun dia mengaku, mengambil iktibar dengan kesilapan lalu dan membuat pemeriksaan mengenai pelaburan yang diceburi ketika ini.

Dia yang juga rakan artis bagi QM berkata, sebelum bersetuju beberapa langkah turut diambil termasuk berjumpa dengan pihak Semboyan Malaysia.

“Saya jumpa sendiri dengan Pengerusinya, Yusof Azmi maklumlah Semboyan satu badan yang banyak membantu kes mengenai penipuan dan scammer termasuk pelaburan emas.

“Jadi saya jumpa untuk bertanya mengenai syarikat QM ini dan kami turun serta berjumpa dengan pengasanya sendiri Datuk Lim Khong Soon.

“Bila jumpa semua soalan yang ditanya boleh dijawab dengan jelas dan memberikan gambaran boleh percaya kepada kami semua,” katanya.

Azad berkata, mereka yang berminat perlu menggunakan saluran yang betul dan mendapat maklumat tepat agar tidak tertipu.

Lantaran itu, dia berkata usaha Semboyan mengadakan kerjasama dengan QM satu langkah yang baik dalam memberikan saluran betul kepada orang ramai untuk melabur emas.

“Kita faham ramai yang cari alternatif untuk menjana pendapatan malah ramai yang janji bulan bintang tapi pastikan ia realistik.

“Pada saya, emas ialah pelaburan yang tepat kerana sentiasa ada nilai sampai bila-bila,” katanya.

Azad turut berkongsi berita gembira dia sudah memperbaharui kontrak sebagai penyampai radio.

Tambahnya, dia memilih untuk memberikan fokus kepada bidang radio dan pelaburan pada masa ini dan meletakkan lakonan ke tepi.

“Selain di radio selama lebih kurang setengah hari, saya juga bapa kepada tiga anak dara yang memang rapat dengan saya. Jadi saya perlu beri tumpuan kepada mereka.

“Saya juga menyokong kerjaya seni Eira yang kini turut berkembang ke negara jiran Indonesia,” katanya.

Terdahulu, satu majlis Mou diadakan antara QM iaitu syarikat pengimport dan pembekal emas dengan Semboyan Malaysia bertujuan menyediakan solusi kepada hal berkaitan pelaburan emas yang sah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Selamat Datang Ke Kuala Lumpur, Mariah Carey! Korang Dah Beli Tiket Ke Belum?

Mesti gempak kan konsert tu nanti? Mariah Carey kot! Korang dah dapatkan tiket ke belum?

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

HyunA Posts Cute Pictures of Date with E’Dawn in Japan

They look like any cute couple in love.

Trending Fri, 5 Jul 2019

Ingat Ponteng Di Denda Melutut Atas Bara Kayu

Si Ibu arag anak supaya melutut diatas kayu api yang sedang dibakar . Aduh kesiannya!

Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Trending Thu, 8 Apr 2021

Ain Edruce Buka Mulut Isu Dilabel ‘Kasar’ Layan Suami

Kita happy je tengok Ain & Mirul ❤

Trending Tue, 15 Jan 2019

看电影流眼泪不是因为玻璃心!研究:爱哭鬼其实是天才

每当电影演到动人心弦之处,爱哭的你一定会落泪;研究证实爱哭鬼其实比一般人更坚强、更有领导力,在团队中可能是杰出的天才呢!

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

‘Who Wore It Better?’ Jadi Topik Hangat Di Twitter

Menerusi laman Instastory milik Fazura, pelakon jelita ini menulis ‘Mine Pleaseee?!!!’ pada gambar yang memaparkan model sedang berjalan dengan rekaan baju bermanik mewah itu.

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Mahu Ulang Fenomena 12 Tahun Lalu, Imran Ajmain Hadiahkan Intan Dan Perak

Naratif itu juga boleh digunakan di dalam perhubungan moden di mana wanita zaman kini punya pendidikan tinggi sekali gus memiliki pendapatan tinggi hingga menjadikan golongan lelaki pula tidak mampu melakukan hal sama termasuk mengekalkan hubungan.

Trending Mon, 21 Oct 2019