Azhan Rani Beri Amaran Kepada Bakal Tetamu Gara-Gara….

Pelakon Azhan Rani memberi amaran kepada bakal tetamu yang ingin hadir ke rumahnya menjelang Hari Raya nanti melalui hantaran di laman Intagram.

Menerusi hantaran terbabit, Azhan berkongsi foto seorang lelaki memakai sepasang pakaian ketat berwarna hitam.

“Semoga spesis baju Melayu ketat-ketat ni jangan singgah rumah aku Raya ni atau pastikan berada sekurang-kurangnya dalam radius 10 kilometer dari rumah aku,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Hantaran tersebut mencuit hati netizen kerana baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video beberapa lelaki yang memakai persalinan baju Melayu yang ketat.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut menyokong dengan amaran yang diberikan oleh Azhan.

“Kita geng #ketatbukangayakami

“Flying kick sekali bila dia datang bang.

“Nak panggil ni baju Melayu pun rasa malu,” respons netizen di ruangan komen

Izzi Farhana