Categories: Drama

Ingatkan Pelakon Thailand Yang Bawa Watak Thiraak Dalam ‘Bintang’!

Ingatkan Pelakon Thailand Yang Bawa Watak Thiraak Dalam ‘Bintang’!
Bakat Malaysia la!

‘Bintang’ adalah tajuk drama slot Lestary terbaharu. Siri ini mengetengahkan cabaran percintaan yang melibatkan perbezaan darjat dan agama antara Iris dan Thiraak.

Antara elemen yang menonjol dalam kisah ini adalah watak Thiraak yang berbangsa Siam tetapi mampu berasimilasi dalam masyarakat Melayu dengan baik.

Daniel Fong merupakan jejaka yang memainkan watak Thiraak ini. Sekali pandang, tidak hairan jika ada yang menyangka pelakon ini benar-benar berasal daripada Thailand. Namun, jangan terpedaya. Ini adalah bakat Malaysia!

Jejaka tinggi lampai ini bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan. Dia juga mempunyai suara yang lunak.

Selain industri seni, Daniel Fong juga adalah ‘kaki gym.’ Maka, tidak hairanlah yang imejnya sentiasa tampak tegap.

Drama ‘Bintang’ mengisahkan hubungan Iris (lakonan Ruhainies) bersama Thiraak yang telah menuntut di sekolah menengah yang sama.

Kedua-dua mereka jarang bersua kecuali sewaktu pulang dari sekolah kerana mereka pulang dengan basikal masing-masing. Bibit-bibit cinta mula terbit menerusi perjumpaan yang sering tidak disengajakan ini.

Hubungan mereka dilanda pelbagai cabaran. Apakah yang bakal terjadi dalam kisah cinta ini?

Cerita Apa? ‘Bintang’
Hari Apa? Setiap Rabu – Sabtu
Jam Berapa? 9 malam
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

Afiqah Azizan