Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 26, 2022 @ 12:14pm

“Badan Rasa Kena Pukul, Nak Jalan Pergi Toilet Pun Merangkak…” – Uyaina Arshad & Suami Positif COVID-19

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad dan suaminya, Raja Syahiran memaklumkan bahawa mereka kini disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dikongsi Uyaina menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

Menurut Uyaina atau nama penuhnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, dia terpaksa dikejarkan ke wad kerana mengalami tekanan darah rendah dan badan berasa lemah akibat jangkitan wabak berkenaan.

“Assalamualaikum hi guys ♥️ @rajasyahiranmy & Uyaina kami both tested positive for covid since a few days ago .

“Syahiran boleh quarantine di rumah tapi Uyaina kena tahan di ward sebab low blood pressure dan badan lemah. First time being away from my husband.

“Lain orang mungkin rasa berbeza-beza bila kena covid ni. Ada orang maybe mild symptoms,” katanya.

Tambahnya lagi, simptom setiap orang yang dijangkiti mungkin berbeza namun, apa yang dialaminya sejak dua hingga tiga hari dijangkiti Covid-19 benar-benar memberi kesan yang teruk buat dirinya termasuklah terpaksa ke tandas dengan cara merangkak.

” My body feels sakit sangat-sangat especially during the first 2-3 days. Nak jalan pergi toilet pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul. Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak nafas. Demam menggigil. Dan paling bahaya sebab dia kacau our internal organs.

“Tu pun kita dah cucuk vaksin. Bayangkan orang yang tak ambik vaksin langsung? Yang anti-vax? Taktahu macam mana haywire lah badan dorang,” jelasnya.

Sementara itu, pengacara Wanita Hari Ini juga menyeru agar orang ramai di luar sana agar mengambil berat dan sentiasa bersyukur jika dikurniakan kesihatan yang baik selain memohon doa dari semua peminat agar dia dan suami diberikan kesembuhan.

“I post this picture to remind myself what being healthy feels like. Dan untuk mengingatkan kami yang nikmat paling besar Allah bagi adalah nikmat kesihatan. Kita kena jaga baik-baik.

“Stay safe everyone. Yana doakan korang tak kena covid ni especially orang2-orang tua & budak-budak sebab taktau macam mana badan dorang nak terima .

“Jangan lupa doakan kesembuhan buat kami dan semua yang sedang berlawan dengan covid ♥️,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Oct 2018

ABPBH31: Tiga Hos Gila-Gila Kongsi Rasa Menjelang Malam Kemuncak

Tak sabar nak tengok gandingan Ajak, Janna Nick & Zara Zya di pentas ABPBH 31 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3, jam 9 malam ini! Anugerah ini mempertaruhkan 13 kategori utama dan lima kategori online. Jangan lupa tonton okay.

Featured Wed, 10 Jul 2024
Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Wed, 2 Mar 2022
Events Thu, 28 Mar 2019

Sekitar Kemeriahan Majlis Malam Berinai Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

Sama-cantik sama padan kan? kalau tak caye, tengok lah sendiri.

Featured Mon, 4 May 2020
Featured Mon, 27 Apr 2020
error: Content is protected !!