Industri hiburan negara hari ini menerima satu lagi perkhabaran duka apabila pelakon senior, Badrul Muhayat dilaporkan telah meninggal dunia.

Berita duka tersebut disampaikan rakan selebriti, Anne Abdullah di Instagram, pada Sabtu.

Difahamkan, Allahyarham Badrul menghembuskan nafas terakhir di sebuah inap desa di Pulau Pinang.

Untuk info, Badrul telah mendirikan rumah tangga kali ketiga dengan Norhayati, 50, pada 18 April lalu.

Malah, pelakon senior ini juga merancang untuk membuat majlis resepsi pada hujung tahun ini.

Badrul pernah melalui dua perkahwinan namun jodohnya tidak berpanjangan.

Hasil perkahwinan lalu, aktor tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Nur Delisha, 16 dan Badrul Hidayat, 13, yang kini tinggal dengan bekas isterinya.

Khairil Khusyairi