Baju Raya Kris Dayanti Dilabel ‘Aneh’?

Penyanyi Kris Dayanti dikenali antara selebriti Indonesia yang terkenal dengan fesyen luar biasa.

Yang pasti, pilihan busananya sewaktu di pentas mahupun semasa musim perayaan, pasti akan menarik perhatian umum khususnya pengikutnya di Instagram.

Jika di perayaan Aidilfitri lalu, isteri kepada Raul Lemos ini memilih untuk sedondon bersama keluarga dengan menggayakan long dress ala kaftan, berbeza pula dengan sambutan Aidiladha tahun ini.

Nampaknya pelantun lagu Mencintaimu ini memilih untuk menyarungkan dress singkat berwarna merah.

Sebilangan besar pengikutnya meninggalkan komen teguran buat diva terkenal Indonesia itu.

Menerusi entri yang dimuatnaik pada pagi ini, Kris Dayanti menulis kapsyen ringkas ‘Blessing The Lemos’.

Turut kelihatan di dalam gambar itu anak-anaknya, Ariannha Amora dan Kellen Alexander serta suaminya, Raul Lemos.

Namun begitu, busana yang dipakai oleh diva itu mendapat pujian daripada beberapa selebriti ternama.

Pendapat korang pula bagaimana? Okay ke tidak…

SGMS Faida