‘Tak Kecil Hati Pun…’- Sharifah Zarina Kecewa Lagu Ditolak Produser?

Selepas beberapa tahun menyepi, penyanyi Sharifah Zarina kembali mewarnai dunia seni dengan single berjudul, Pernah Bahagia.

Akui pelantun yang pernah popular dengan lagu Langit Ke Tujuh ini, single ini tiada kaitan dengan kehidupannya ketika ini.

“Jangan salah faham, lagu ini tiada kaitan dengan situasi saya sekarang. Pernah Bahagia bersifat universal sama ada individu yang pernah bercinta, berkasih kemudian ditinggalkan. Rasa rindu itu datang kembali. Jangan salah faham, ia sekadar sebuah lagu,” katanya ketika ditemubual oleh Melodi.

Berkongsi kisah tentang single keenamnya, Zarina mendedahkan lagu ini pernah ditolak oleh seorang produser untuk dijadikan lagu tema bagi sebuah drama.

“Saya tidak kecil hati pun. Saya masih ingat ketika saya memberitahu mengenai lagu ini kepada individu itu, dia memberitahu lagu ini kurang sedap.

“Saya sentiasa percaya jika satu peluang ditutup maka akan ada lagi peluang yang terbuka luas. Alhamdulillah lagu ini dipilih oleh sebuah produksi lain pula untuk dijadikan soundtrack bagi drama lain. Lebih istimewa drama itu ditayang di slot Akasia,” katanya syukur.

Lagu Pernah Bahagia merupakan ciptaan Sharon Paul manakala lirik pula ditulis oleh pengacara popular Ahmad Fedtri Yahya.

Lagu ini ini juga telah dipilih sebagai lagu tema bagi drama Utusan Cinta Buat Adam yang ditayangkan di slot Akasia TV3.

SGMS Faida