Bakal Cipta Sejarah Tersendiri! Air Force The Movie Raih Kutipan RM6 Juta Dalam Masa 3 Hari

Mula ditayangkan pada 25 Ogos lalu, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See telah meraih kutipan sebanyak RM6 juta dalam masa tiga hari.

Perkongsian tersebut diumumkan menerusi akaun Instagram rasmi filem tersebut serta barisan pelakonnya, malam tadi.

“#AirForceTheMovie berjaya mengutip RM 6 juta dalam tiga hari tayangan! Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini!” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen Instagram, filem yang menampilkan kisah pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini menerima respons positif dari masyarakat.

“Terbaik! Daripada pelakon, cinematography, skrip, editing, sound, plot. Tak sangka filem Malaysia dah capai standard macam ni. Kudos team!

“OMG totally worth it.. I menangis sepanjang cerita sebab rasa mcm Ya Allah macam ni rupanya pengorbanan pejuang-pejuang negara.. Especially part lejen meninggal tu, berlinang mat, congrats Air Force The Movie teams.

“Bangkitlah movie Malaysia!” komen penonton.

Sebelum ini, pelakon Datuk Adi Putra dan Johan As’ari yang merupakan bintang utama menerusi filem ini yakin Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini akan meraih sambutan setanding filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan lakonan mereka.

Selain Adi Putra dan Johan, filem aksi ketenteraan ini juga dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

ARTIKEL BERKAITAN: Pikul Amanah Besar TUDM, Adi Putra Akui Sukar Bawa Imej Tentera

ARTIKEL BERKAITAN: Sering Tampil Dalam Filem, Johan As’ari Lebih Serius Pilih Naskhah

Fatin Nurain