Categories: HiburanTrending

Kembali ‘Bekerja’, Shuib Bergandingan Dengan Ajak & Suraya Dalam….

Pelawak dan usahawan popular, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad bakal kembali memeriahkan konti radio.

Dipilih menjadi penyampai radio baharu Suria FM, Shuib bergandingan dengan Ajak Shiro dan Suraya Borhan dalam segmen Morning Morning Suria.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau dikenali sebagai DJ Lin berharap kehadiran Shuib dapat memeriahkan stesen radio terbabit.

“Sejujurnya, kami berharap pelantikan Shuib akan memberikan kesan positif kerana dia mempunyai kelompok peminat tersendiri dan dapat menarik pendengar baharu.

“Setelah lama berehat, kami berterima kasih kepada Shuib kerana sudi untuk menyertai pasukan penyampai dan kami berharap ia dapat mengubati kerinduan peminat pelawak ini,” katanya.

Pengumuman itu dibuat pada siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di lokasi terakhir iaitu pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya, sebentar tadi selepas menjelajah beberapa tempat seperti Kuantan, Alor Star dan Johor Bahru.

Dibanjiri dengan kehadiran lebih 12,000 pengunjung, siri jelajah itu menyaksikan persembahan lebih 18 artis ternama seperti, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Iman Troye, Amir Masdi, Imsoniacks, Amir Uk’s, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Muss, Floor 88, Wany Hasrita dan ramai lagi.

Padin