Bakal Dapat Anak Ketiga, HaHa Running Man Nak Berubah?

Pasangan selebriti Korea, HaHa dan Byul bakal menimang anak ketiga tidak lama lagi.

Berita ini disampaikan oleh bintang Running Man itu ketika ditemubual menerusi rancangan News1, baru-baru ini.

“ Usia kandungan isteri sudah 10 minggu. Kami tidak pernah merancang untuk hal ini namun saya saya bahagia menerima ahli keluarga baharu,” katanya.

HaHa turut berkongsi jika sebelum ini, dia tidak memberi perhatian penuh kepada Byul semasa mengandung namun kali ini semuanya pasti berbeza.

“ Saya menyesal kerana dahulu tidak memberi perhatian penuh. Di usia 39 tahun ini, saya berjanji mahu menjadi bapa terbaik bagi keluarga kecil kami,” tambahnya.

Menerusi laman Instagram juga, pemilik nama Kim Go Eun ini menulis kata-kata semangat buat diri sendiri.

HaHa dan Byul berkahwin pada 15 Ogos 2012 dan dikurniakan anak pertama, Ha Dream pada 9 Jun 2013 seterusnya anak kedua, Ha Soul pada 22 Mac 2017. Semoga terus bahagia di samping keluarga tersayang, HaHa! 

SGMS Faida