Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 16, 2023 @ 8:30pm

Balas Saman Fitnah Izreen Azminda, Ramai Sokong Intan Saleh… Bantu Buka Tabung Sumbangan Bayar Khidmat Peguam

Pempengaruh, Intan Saleh akhirnya mengambil keputusan untuk memfailkan saman balas terhadap bekas suaminya, Ude Wahid dan isteri, selebriti Izreen Azminda.

Menerusi perkongsian di Instagram, Intan yang mesra disapa sebagai Bonda dalam kalangan pengikutnya meluahkan rasa segan apabila khidmat peguam mewakilinya, Mahmud Jumaat mengambil bayaran kos guaman seikhlas hati.

Susulan itu, Intan telah membuka ruang sumbangan yang disalurkan terus kepada peguam Mahmud setelah ramai pihak yang bertanya cara untuk membantunya membayar peguam.

Intan Saleh

“Saya bukanlah jenis suka memperbesarkan perkara tapi kali ini terpaksa buat dan Alhamdulillah, ada peguam yang sedia membantu.

“Pihak peguam telah membalas surat tuntutan tersebut dan pada masa yang sama membuat tuntutan balas terhadap mereka atas tuntutan kenyataan fitnah dihamburkan terhadap Bonda.

“Pada asalnya tidak berhajat untuk meneruskan saman fitnah terhadap mereka, namun apabila disaman lagi dan lagi oleh pihak sana, Bonda terpaksa sekali lagi memohon bantuan peguam.

“Mereka yang menyaman tahu setakat mana kemampuan Bonda untuk melantik peguam, tapi Alhamdulillah peguam Bonda sangat bersemangat bila terima surat saman ini kata ‘Saya dah lama tunggu saman ni, dah agak diorang saman. Tak apa kita counter’.

“Selama 5 bulan saya bersama peguam bonda, bonda tahu bagaimana @mahmud_jumaat menjalankan tugas dan difahamkan kos guaman bukanlah murah..bonda tak nak amik kesempatan atas kebaikan orang lain

“Memandangkan bonda sudah disaman, bonda berhajat utk membuat saman balik ke atas mereka. Ramai pihak yang mencadangkan dan bertanyakan tentang bagaimana boleh membuat sumbangan bagi membantu bonda dalam kes guaman. Bonda mencadangkan agar sumbangan orang ramai boleh disalurkan secara terus kepada peguam bonda,” tulisnya.

Intan Saleh

Sebelum ini, Izreen meluahkan rasa hilang sabar serta mendakwa Intan berhalusinasi kerana tidak henti memfitnah dirinya menganggu bekas isteri, Ude.

Terdahulu, Intan mendedahkan dia menerima surat tuntutan daripada Izreen dan Ude Wahid.

Sekadar info, kontroveri antara usahawan dan pempengaruh, Intan Saleh bersama pelakon, Izreen Azminda sebelum ini hangat menjadi perhatian ramai di media sosial.

Malah pada Januari lalu, Izreen tampil membuat perkongsian di Instagram mendakwa dia akan mendedahkan perangai sebenar Intan.

Isu tersebut muncul selepas Izreen mendakwa Intan masih belum boleh melupakan bekas suaminya, Ude Wahid.

Artikel Berkaitan:Dah Hilang Sabar, Izreen Azminda Dedah Bukti Intan Saleh Tak Henti ‘Provoke’ – “Tak Habis-Habis Halusinasi Aku Kacau Kau”

Artikel Berkaitan:Tiada Kemampuan Bayar Peguam, Intan Saleh Penat Disaman Gara-Gara Posting Luah Perasaan Di IG – “Mereka Yang Tak Henti Ugut & Hina…”

Artikel Berkaitan: Intan Saleh Lantik Peguam Terkemuka, Dedah Bekas Suami & Izreen Azminda Hantar Surat Tuntutan

Artikel Berkaitan: Nafi Lari Dari Masalah, Intan Saleh Ajak Izreen Azminda Berjumpa – “Dah WS, Tapi Masih Tiada Respons”

Artikel Berkaitan: “Kes Mahkamah Hampir Selesai” – Bakal Beri Kenyataan Rasmi, Izreen Azminda Mohon Ruang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 Jan 2021

BPR 2021: Cara Mudah Kemaskini Permohonan

Korang dah kemaskini ke belum? Jom buat sekarang!

Hiburan Fri, 30 Nov 2018
Selebriti Thu, 26 Oct 2023

“Kali Ini Saya Tak Uruskan” – Enggan Masuk Campur Hal Adik-Beradik Pindah Rumah, Shila Amzah Pilih Berdiam Diri & Lepas Tangan

Kalau ada masalah nanti dan mereka minta tolong… tengoklah bagaimana – Shila Amzah

Trending Thu, 7 Oct 2021

Perbicaraan Penuh Kes Saman Fitnah Siber Siti Nordiana Ke Atas 5 Sekawan Bermula Pada 15 Oktober, Zoey Rahman Bakal Jadi Saksi

Penyanyi Siti Nordiana akan memberi keterangan dari kandang saksi pada perbicaraan kes saman fitnah di laman media sosial Instagram yang difailkan beliau ke atas lima individu pada bulan Ogos lalu. Hakim Mahkamah Sesyen memerintahkan agar […]

Hiburan Thu, 21 Nov 2024
Trending Sat, 25 May 2019

Golongan Cacat Pendengaran Dapat Mengalami Takbir Dengan Applikasi Dari Maxis

Maxis Cipta Aplikasi Mudah Alih Hari Raya Untuk Golongan Cacat Pendengaran

Featured Mon, 22 Aug 2022

“Saya Jalani Hidup Macam Biasa, Tapi…” – Siti Nordiana Dedah Terima 2 Permohonan Batal Saman Fitnah

Fuhhh, dah lebih setahun kes ni berlalu 🔥 Agak agak siapalah ek yang minta batalkan saman fitnah tu 🤔🤭 Moga dipermudahkan semuanyaaa 😌

Featured Fri, 22 Dec 2023
error: Content is protected !!