Hiburan By: SGMS Faida August 23, 2018 @ 7:05pm

Bantu Suami Sakit Buah Pinggang, Konsert Dayangku Intan 23 September Depan

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang, Dayangku Intan, bakal mengadakan sebuah konsert tak lama lagi.

Tujuan konsert berkenaan adalah untuk menampung kos pembedahan buah pinggang suaminya, Rosman Yahil, serta rawatan susulan yang menelan belanja ratusan ribu ringgit.

Kata Dayang, konsert Dana Prihatin Untukmu itu dijadualkan berlangsung pada 23 September depan Di Dewan Perdana Felda, di sini.

“ Selain simpanan peribadi dan bantuan teman rapat, kos pembiayaan dan rawatan susulan juga akan ditampung oleh hasil jualan meja konsert terbabit.

“Bukan sedikit jumlah yang diperlukan dan saya berharap konsert ini akan mendapat sambutan ramai, sekali gus mampu meringankan beban yang ditanggung.

“Konsert itu nanti akan turut menampilkan penyanyi jemputan, selain persembahan saya sendiri yang mengambil masa kira-kira 40 minit. Saya hanya akan menyanyikan lagu sendiri pada konsert itu, sama ada yang popular ataupun kurang dikenali,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Suaminya Rosman berdepan masalah kegagalan pada kedua-dua buah pinggangnya dan sehingga kini masih menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta.

Dalam masa sama, penyanyi berusia 52 tahun ini bakal mendermakan buah pinggangnya demi suami tercinta.

Kata pelantun Kita Insan Biasa ini, konsert pertama yang dijayakan selepas tiga dekad berada dalam dunia seni anjuran Kit Entertainment itu akan memaparkan perjalanan kisah hidupnya yang menjaga suami dan anak yang sakit, pada masa menjadi penyanyi.

“Orang mungkin tidak tahu bagaimana kehidupan seharian saya sebagai isteri dan juga penyanyi. 

“ Setiap hari, saya akan bergilir-gilir membawa suami untuk mendapatkan rawatan dialisis dan terapi untuk anak yang ada masalah hati. Saya merakamkan semua pengalaman itu dan ia akan ditayangkan pada konsert terbabit nanti,” ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai konsert amal itu boleh didapati dengan menghubungi talian 019-2006786 (Kit Rushuhaimin) menerusi aplikasi WhatsApp.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Bapa Elfira minta Sufian Suhaimi Move On

Menurut Ahmad Sabri Ariffin, bekas tunang anaknya itu perlu berhenti mengeluarkan kenyataan bagi menjaga hati semua pihak.

Hiburan Thu, 26 May 2022
Hiburan Wed, 9 Aug 2023
Featured Mon, 20 Dec 2021

Lagu Cinta Kita 3: Malhamka & Yuveena Gagal Ke Final, Ada Luahan Hati Di Sebalik Pintu? Jom Recap Separuh Akhir LCK3!

Minggu separuh akhir Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan Cinta OST berlangsung pada malam tadi. Episod ketujuh ini telah menyaksikan lima pasangan merebut tempat ke pentas akhir iaitu Malhamka & Yuveena, Hariz & Wanie, […]

Hiburan Sun, 24 Dec 2023
Hiburan Mon, 27 Feb 2023
Hiburan Wed, 16 May 2018

Cabaran Berpuasa Kali Ini Lebih Mencabar – Siti Nurhaliza

Siti akan cuba setakat yang mampu. Jika bekalan susu tidak terganggu dan Aafiyah juga kenyang, rasanya tiada masalah untuk berpuasa seperti biasa.

Featured Tue, 8 Nov 2022