Featured By: Maya Basir November 8, 2022 @ 3:28pm

“Tak Layak Dibuat Jodoh Kalau…” – Bicara Soal Jodoh, Puteri Sarah Pesan Jatuh Cinta Dengan Perkara Baik

Pelakon Puteri Sarah memberi pesanan kepada pengikutnya untuk mencari pasangan yang mengajak ke arah kebaikan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Sarah memuat naik video Lisa Surihani yang sedang mengerjakan ibadah umrah bersama suami, Yusry.

Di dalam video tersebut, Lisa turut mendoakan agar semua orang dijodohkan dengan orang yang baik serta tujuan yang baik.

“Semoga kita jatuh cinta dengan cara yang baik, berjodoh dengan orang yang baik, menikah dengan niat yang baik, diberikan pasangan yang penyayang juga berumahtangga dengan tujuan yang baik serta tunaikan tanggungjawab,” doa Lisa.

@lisaasurihanii InsyaAllah aamin🤲🏻❤️ #lisasurihani #yusri #fyp #foryou #foryoupage #fypp #fypage #foryoupage #fypp ♬ Ya Rabb – SHOLAWAT MUSIC PRO

Pelakon Suri Hati ini berpesan dan menegaskan pasangan itu tidak layak dijadikan suami atau isteri jika diawal percintaan sudah mengajak untuk berbuat maksiat.

“Siapa yang tengok hantaran ni, semoga kita jatuh cinta dimulai dengan perkara yang baik. Kalau diajak bermaksiat tak layak dibuat jodoh.

“Semoga diberikan jodoh yang baik dan pasangan yang penyayang dan sentiasa menghormati kita. Amin,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 6 Jan 2019

52.2 Juta Pengguna Menjadi Mangsa, Google+ akan Ditutup Lebih Cepat

Pada mulanya Google akan menutup Google+ pada Ogos 2019. Walau bagaimanapun, keputusan baru diambil bahawa perkhidmatan rangkaian sosial akan ditutup dengan lebih cepat, iaitu April 2019. Kenapa itu?

Hiburan Fri, 26 Apr 2019

‘Apa Faedah Bawa Artis KPOP Datang Sini?’- Datuk Awie Tempelak Tindakan Menteri?

Tahun Melawat Malaysia tapi artis luar pula yang dijemput. Kenapa agaknya ya?

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Kenapa Perlu Tengok Dua Drama Korea Ini Di Tonton?

Dua drama terhangat dan mendebarkan dari Korea ini pastinya akan membuatkan anda ternanti-nanti apakah masalah yang bakal dihadapi oleh peguam-peguam terhebat abad ini?

Featured Wed, 12 Jan 2022
Events Wed, 4 Dec 2019

K-Clique Cipta Rekod Peribadi

Wah, tahniah K-Clique!