Bapa Amar Baharin Meninggal Dunia, Mohon Peminat Doakan Dipermudahkan Urusan

Bapa kepada pelakon, Amar Baharin iatu Mohd Baharin Amir dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Perkara itu dikongsikan Amar menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Saya Amar ingin memaklumkan pada semua yang mengenali ayah saya Mohd Baharin Bin Amir, ayah saya  telah meninggal dunia.

“Mohon doakan arwah semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa arwah dan andai ada dosa arwah sesama kalian, mohon diampunkan sepanjang arwah hidup di dunia ini.”katanya.

 

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sungai Sekamat, Kajang untuk dimandikan sebelum proses pengkebumian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut aktor berkenaan menitipkan doa dan berharap agar segala proses dipermudahkan.

Salma Syahbuddin