Bapa Arwah Siti Sarah Pinangkan Watie Untuk Shuib, Netizen Puji Hubungan Baik Dengan Keluarga Mentua!

Pelawak dan usahawan, Shuib telah selamat bertunang dengan wanita pilihannya, Watie Hanifiah pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian Siti Fatimah Suberi atau Makder di Instagram, bapa kepada Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah bersama isteri meminangkan Watie bagi pihak Shuib.

“Kami sebagai wakil keluarga datang untuk merisik suri hati Shuib.

“Alhamdulillah selesai majlis ini, yang dipinang sendiri oleh abah, Raisuddin Hamzah. Terima kasih untuk doa-doa yang baik untuk kami semua,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan baik di antara mereka dan mendoakan agar urusan menjelang hari bahagia mereka dipermudahkan.

“Makder dan husband la mentua paling bagus. I’m so speechless actually. Sebak sangat. God bless both of you and the whole family.

“Alhamdulillah. Baiknya seorang ayah. Semoga semuanya dipermudahkan hingga ke harinya,” komen netizen.

Malah, Shuib turut meninggalkan komen dengan berterima kasih kepada ibu dan bapa mentuanya.

“Terima kasih Makder, terima kasih abah. Semoga ikatan keluarga kita makin erat dunia dan akhirat,” ujar Shuib.

Sekadar info, Shuib memaklumkan bakal bernikah dengan Watie pada 23 Jun 2023.

Maya Basir