Hiburan By: Maya Basir October 30, 2023 @ 3:55pm

Bapa Hanis Zalikha Alami Pendarahan Dalam Otak Akibat Terjatuh, Ingatan Makin Lemah – “Kalau Lewat Sikit Boleh Hilang Upaya Bercakap…”

Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha memberitahu bapanya mengalami pendarahan dalam otak akibat terjatuh sehingga ingatannya mulai hilang.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, bapanya tidak dapat menggerakkan kaki kanannya selepas hampir sebulan terjatuh.

Menurutnya, ujian X-ray dan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) telah dibuat namun perkara tersebut tidak dapat dikesan pada awalnya.

“My dad realised something was wrong hampir sebulan lepas jatuh, when suddenly he couldn’t really move his right leg. Macam lagging.

“Sebab dia jatuh terhentak dahi kiri, bila anggota belah kanan yang terjejas, we knew it must be the brain,” katanya.

Malah, ingatan bapanya semakin lemah membuatkan Hanis bimbang dan membuat keputusan untuk melakukan pembedahan otak.

“I picked him up and asked about his very very recent trip to Acheh, he said ‘Bila Daddy pergi Acheh?’. Ya Allah this very man, is my dad, someone who was very sharp and opinionated, tiba-tiba sangat blur dan slow, jawab sepatah-sepatah.

“So I spent the whole day uruskan dia, consulted two specialists and one neurosurgeon and when he is finally admitted that night to prepare him for his surgery the following day, he told the family ‘Daddy tadi drive sendiri datang sini’. My heart sank, I was frantic with worry — takutnya lagi lambat ni lagi banyak memori dia hilang,” kongsinya.

Sementara itu, dia bersyukur pembedahan bapanya itu berjalan lancar dimana keadaan boleh menjadi parah sekiranya tidak bertindak dengan segara.

“The brain surgery went well atas izin Allah, thank you to everyone involved. Doktor kata kalau lewat sikit je lagi memang boleh hilang keupayaan bercakap, keupayaan bernafas dan seterusnya koma, sebab otak dah compressed terlalu banyak darah,” ujarnya.

Pada masa sama, dia turut berpesan kepada orang ramai agar segera bertindak jika terdetik rasa bimbang dan keadaan kesihatan semakin memburuk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Jul 2022

Bersara Dari Dunia Hiburan & Berhijrah Ke Luar Negara, Sarah Hildebrand Kini Sertai Tentera US?

Sarah ceburi bidang baru di Amerika Syarikat 😊 Fuhh, patutlah nampak sado betul sekarang 💪🏻💪🏻 Apapun, semoga ini yang terbaik untuknya

Hiburan Sun, 5 Jun 2022

Selepas 8 Tahun, Peminat Terubat Rindu Lihat Neelofa Kembali Mengacara Nona TV3

Peminat lepas rindu melihat Neelofa mengacara di Nona selepas 8 tahun!

Trending Mon, 29 Jun 2020
Featured Sat, 28 Jan 2023
Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Sweet! Maya Matahari Mengaku Dah Berpunya

Pelantun lagu Diari Biru ini juga memohon agar semua peminat mendoakan agar jodohnya kali ini lebih baik dan kekal selamanya.

Hiburan Tue, 16 Aug 2022

“Saya Dah Lama Tak Hubungi Dia” – Naim Daniel Bersuara Isu Iman Troye Sombong Selepas Popular

Sudah lama tidak berhubung dengan Iman Troye, Naim Daniel tidak berani berkata apa-apa.

Hiburan Sat, 19 May 2018

Sarimah Ibrahim Jalani Rawatan IVF?

Sarimah berkata, dalam usia 40 tahun ini beliau berharap dapat menimang cahaya mata kerana tahap kesihatan Sarimah dan Suami berada dalam keadaan baik. Justeru itu, beliau juga turut berkongsi bahawa hasratnya untuk menjalani rawatan tersebut turut disokong oleh penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza

Featured Fri, 22 Feb 2019