Baru Bergelar Bapa Selama 37 Hari, Adik Yana Samsudin Meninggal Dunia Dalam Tidur

Al-fatihah.

Adik kepada pelakon terkenal Yana Samsudin iaitu Muhammad Fahmi Harith Samsudin dilaporkan telah meninggal dunia semasa tidur pada petang semalam. Salam takziah diucapkan buat keluarga arwah. 

Berita tersebut telah disahkan oleh Yana sendiri melalui satu posting yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.

Apa yang lebih menyayat hati, Allahyarham dikatakan baru sahaja bergelar ayah selama 37 hari dan ingin menikmati nikmat seorang bapa itu sendiri.

“Rupanya hari ini, aku kehilangan adik aku. Ya Allah, macam mana nak ada kekuatan diri ni. Satu-satunya lelaki dalam adik-beradik, baru jadi ayah 37 hari. Dik, ada bagitau Nana yang nak balik Yong Peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa kau balik dik. Kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah, mak abah dan semua ya. Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. Achikamie yang meninggal masa tidur,” tulis Yana.

 

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam River Estet, Masjid Besar Yong Peng, semalam. Jenazah sebelum itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum ke kampung halamannya di Taman Kota Impian, Yong Peng, Johor.

 

Temui Nota Pesanan Arwah Buat Isteri Tercinta

Dalam pada itu, menurut Ustaz Faizal Khalid daripada Badan Khairat Kematian Bandar Setia Alam, beliau menemui sebuah  nota yang  dilekatkan di pintu bilik arwah menggambarkan betapa risaunya seorang isteri terhadap suami yang sedang berjauhan.

 

Sekali lagi, salam takziah Xtra ucapkan buat keluarga arwah dan juga Yana Samsudin. Semoga keluarga tabah dengan pemergian ini. Didoakan agar Arwah sentiasa dilindungi dan dirahamati Allah s.w.t selalu.

Sumber: Instagram Yana Samsudin

Syafiqa Irdina