[VIRAL] Puas Dihentam, Syifa Melvin Tampil Buka Mulut Anggap Semua Tuduhan Itu Tidak berasas!

Pelakon, Model dan juga adik kepada Syatilla Melvin, Syifa Melvin akhirnya tampil membuka mulut dan menepis segala dakwaan mengatakan dirinya adalah punca kepada kemerosotan prestasi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.

Tuduhan itu TIDAK berasas!

Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadapnya menerusi instagram stories adalah tidak berasas dan beliau menafikan sama sekali dirinya adalah punca utama Safawi tidak menampilkan prestasi membanggakan ketika berada di atas padang.

Sumber : Instagram @syifamelvin

Saya tidak pernah beri tekanan kepada dia…

Sumber : Instagram @safawirasid29

Tambahnya lagi, pemilik nama Nur Syifa Athirah Amirol Melvin ini sekali lagi menegaskan belaiu tidak pernah memberi tekanan kepada pemain yang memiliki kehebatan kaki kiri itu untuk berkahwin sehingga beliau hilang fokus dan prestasi merudum baik ketika perlawanan atau sebaliknya.

Perkara itu turut dikongsi Syifa menerusi muat naik diakaun instagram miliknya beberapa jam lepas.

Difahamkan kedua-dua pasangan ini tidak pernah menyembunyikan tentang hubungan mereka apabila Syifa sebelum ini pernah meluahkan tentang status hubungan beliau bersama pemain JDT itu. Malah, Safawi juga dilihat pernah memberikan sebentuk cincin pada hari kelahiran pelakon #Siscuba itu.

Netizen label Syifa ‘Gold Digger’

Akibat beberapa spekulasi mengatakan Syifa adalah punca kepada merudumnya prestasi Safawi, ramai netizen mula melabel diri beliau sebagai ‘gold digger’  kerana sering diberikan barangan berjenama. Malah, Syifa juga kelihatannya sering memuat naik perkara itu di media sosial miliknya.

 

Walaupun segelintir netizen melabel Syifa sevagai gold digger, namun ada juga peminat beliau yang masih mempertahankan pelakon ini dari terus menjadi mangsa kontroversi melibatkan kekasihnya, Safawi Rasid.

Salma Syahbuddin