Baru Empat Bulan Kahwin, Hubungan Nick Jonas- Priyanka Di Hujung Tanduk?

Baru empat bulan berkahwin, pasangan terkenal Hollywood Nick Jonas dan Priyanka Chopra dilaporkan bakal bercerai.

Menurut laporan majalah OK!, perkenalan singkat pasangan ini membuatkan mereka baru mula sedar tentang sikap masing-masing.

“ Mereka bergaduh dalam semua hal termasuk hal berkaitan kerja, berparti dan urusan peribadi. Pendek kata, Nick dan Priyanka dilihat terlalu terburu-buru dalam semua hal. Dan kini mereka sedang menanggung kesannya. Perkahwinan mereka kini berada di hujung tanduk,” kata sumber dipercayai.

Tambah sumber itu, Nick pada awalnya mempercayai sikap isterinya itu dilihat seorang yang ‘cool’ dan mudah dibawa berbincang.

Tetapi Nick terkejut apabila Priyanka menunjukkan sisi sebaliknya iaitu panas baran yang mana hal ini hanya disedari selepas perkahwinan mereka.

Laporan ini turut mendapat respon daripada keluarga Jonas yang dikatakan ‘mendesak’ Nick untuk melakukan sesuatu.

Pasangan selebriti terkenal ini diraikan dalam sebuah majlis yang cukup meriah di Umaid Bhawan Palace, Jodhpur, India pada 1 Disember lalu. 

SGMS Faida