BCL Luah Rasa Rindu Terhadap Ashraf Sinclair – “Hey You, Happy Birthday”

Selepas dua tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) masih memberikan ucapan ulang tahun kelahiran kepada arwah suaminya.

Menerusi perkongsian di Instagram, BCL turut meluahkan rasa rindunya terhadap Allahyarham yang telah meninggal dunia pada 18 Februari 2020.

“Hey you.., Happy Birthday ❤️ We miss you.. And love you, always,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut menyentuh perasaan kebanyakan pengikut BCL yang rata-rata turut bersedih dan menyedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah Ashraf.

“Happy birthday in heaven to a kind soul. Sending love to Unge and Noah. May his legacy lives on.

“Rindu yang menyakitkan adalah rindu seseorang yang sudah tiada lagi.

“Al Fatihah for this beautiful soul,” komen peminatnya.

Fatin Nurain