Belanja Foto ‘Kangkang’, Ara Johari Terima Komen Lucah – “Saya Hilang Respect Dengan Orang…”

Nama Ara Johari kembali menjadi bualan hangat netizen apabila memuat naik foto kurang sopan di Instagram miliknya.

Tampil memberi penjelasan di program Melodi TV3, Ara memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk mencipta kontroversi dengan memuat naik foto yang sensasi.

“Sebenarnya setiap kali saya muat naik, saya tak ada terfikir untuk mencari kontroversi tetapi perkara tersebut terjadi.

“Kadang-kadang saya tak perasan pun, saya nampak macam foto tersebut okey sahaja tetapi orang lain pandang dengan sisi lain.

“Kalau saya pandang sekali imbas, tiada apa pun sebenarnya, tetapi apabila ada orang komen, saya pun baru perasan tentang apa yang tidak kena dengan foto itu.

“Saya cuba untuk muat naik gambar yang sopan tetapi mungkin mata netizen lagi tajam,” jelas Ara.

Disoal mengenai adakah pelantun lagu Sumpahan Salju itu tidak risau sekiranya ada peminat melampui batas dengannya. Ara mendedahkan dia banyak terima mesej berbaur lucah.

“Secara jujurnya, saya banyak sangat terima banyak mesej berunsur lucah, tapi saya hanya hirau.

“Kadang-kadang ada yang sampai hantar gambar, saya rasa macam kelakar. Apa kepuasan mereka untuk hantar gambar sebegitu.

“Bagi Ara, benda sebegitu tidak patut terjadi, sangat-sangat tidak elok, saya hilang respect dengan orang macam itu,” tambahnya.

Sumber: TV3MALAYSIA Official

Khairil Khusyairi