[VIDEO] Bella Astillah & Adira Suhaimi Cover Lagu Masing-Masing Buat Ramai Gugur Air Mata – “Dua Wanita Hebat, Diuji Dengan Ujian Hebat”

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah sekali lagi mencuri tumpuan warga maya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Bella berkongsi sebuah video dia menyanyikan (cover) lagu hits Masing-Masing nyanyian Ernie Zakri bersama penyanyi, Adira Suhaimi.

Ternyata nyanyian cover Bella bersama Adira itu menjadi bualan ramai apabila kedua-duanya menyanyikan lagu tersebut dengan penuh emosi sekali.

Apa yang membuat warga maya lebih sebak apabila Adira juga turut memeluk Bella di akhir video tersebut.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meluahkan pelbagai reaksi apabila ramai menyifatkan nyanyian cover oleh kedua-dua wanita itu sangat menusuk dan mendalam.

Malah, ada juga yang menyatakan air mata mereka gugur dan berasa sebak apabila mengenangkan dugaan-dugaan yang diterima Bella dan Adira.

Ada juga yang tidak henti-henti memberi kata semangat buat Bella dan Adira yang diuji hebat dalam rumah tangga mereka.

Untuk info, pada 11 Mac lalu, Bella Astillah telah memfailkan cerai secara ekspres daripada suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Penyanyi Adira Suhaimi pula telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red pada 25 November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi & Madu Fail Cerai Serentak, Datuk Red Bertegas Pertahankan Kedua-Dua Rumah Tangga – “Kebetulan, Bukan Sepakat”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kalau Suami Hilang, Cari Di Rumah Kawan” – Bella Astillah Bagi Tips Padu

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Letak Recorder Dalam Kereta Sejak…” – Bella Astillah Dedah Ada Bukti Perbualan Jijik Antara Aliff Aziz, Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dah Penat Sebenarnya” – Bella Astillah Terkejut Aliff Aziz Enggan Bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Aliff Aziz ‘Dalang’ Sebar Aib Bella Astillah? – “Boleh Nampak Dari Skrin Telefon Tu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: “Bella Seorang Yang Ceria Tapi Banyak Sembunyi Masalah – Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Di Mahkamah, Rakan Selebriti Titip Semangat Buat Bella Astillah – “Awak Berhak Untuk Bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Lelaki & Pelakon Wanita Ditangkap Khalwat

Khairil Khusyairi