Zaquan Adha Buat Laporan Polis, Dakwa Rita Rudaini Keluar Kenyataan Fitnah

Pemain bola sepak, Zaquan Adha tampil membuat laporan polis terhadap aktres yang juga bekas kakak iparnya, Rita Rudaini, pada Sabtu.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Zaquan memaklumkan dia baru sahaja membuat laporan polis susulan kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkan Rita Rudaini terhadapnya dan keluarga di Instagram.

Zaquan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Ujar Zaquan, dia menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

“Assalamualaikum saya baru sahaja membuat laporan polis berkenaan dengan IG story yang dikeluarkan oleh Rita yang berunsurkan fitnah melibatkan saya dan keluarga.

“Jadi saya serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, Rita membidas kenyataan yang dikeluarkan Zaquan dengan mendakwa Zaquan adalah individu yang menjadi batu api dalam konflik rumah tangganya bersama bekas suami, Aidil Zafuan sebelum ini.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu l turut memberi pesanan agar bekas adik iparnya itu tidak memberi sebarang komen berkaitan dirinya lagi.

Untuk rekod, Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 namun bercerai pada 2013.

Hasil perkongsian hidup, Rita dikurniakan dua orang putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15 dan Airit Qaqa Arjuna, 13.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hang Lah Batu Api Besar, Acah Terpaling Bagus” – Rita Rudaini Bidas Kenyataan Zaquan Adha

Khairil Khusyairi