Bella Astillah Tidak Lagi Terlibat Dalam Drama Gandingan Aliff Aziz & Ruhainies, Syukur Penerbit Memahami – “Terima Kasih…”

Pelakon Bella Astillah tampil mengumumkan pengunduran dirinya menerusi drama Terjerat yang turut dibintangi oleh suaminya, Aliff Aziz dan aktres, Ruhainies.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Bella di sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Bella yang manis mengenakan tudung telah berkongsi fotonya bersama penerbit, Datuk Seri Jaspal serta tangkap layar dirinya dibuang dari ‘Whatsapp Group’ drama tersebut.

”Assalamualaikum. Cerita semalam. Terima kasih Datuk Seri Jaspal, terima kasih kerana memahami. Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi. Salam Ramadan,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu telah dihujani dengan kata-kata semangat dari kalangan pengikutnya.

Malah, ada yang mendoakan agar Bella dikurniakan rezeki yang lebih hebat lagi.

Fatin Nurain