Bella Dally Kini Sah Jadi Milik Arif Izuddin

Pelakon Bella Dally selamat bernikah dengan ahli perniagaan, Arif Izuddin Mohd Radzali, 34, dengan sekali lafaz di Marina Putrajaya, jam 9.55 pagi tadi.

Bella atau Nabilah Ali Dally, 28, dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Ceraian dan Rujuk, Wilayah Persekutuan, Wan Mohd Aslan Wan Salleh.

Pada majlis itu, Bella menerima mas kahwin RM1,000 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan dulang, manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Majlis diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu termasuk beberapa rakan artis.

Antara artis yang turut hadir ialah Elfira Loy dan Mira Filzah yang turut menjadi pembawa dulang hantaran bagi pihak perempuan.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 12 Januari lalu di kediaman keluarga Bella di Kota Kinabalu, Sabah.

Bella pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada September 2016 namun disahkan bercerai pada 2 Mei 2018.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida